Header Ads

Gara-gara lawan cakap, seorang wanita menembak mati dua anaknya

FLORIDA: Seorang wanita berumur 50 tahun membunuh anak lelaki dan anak perempuannya selepas dikatakan mereka melawan cakapnya, Jumaat lalu.

Julia Schenecker mengaku bersalah membunuh kedua anaknya selepas pihak berkuasa tempatan menemuinya berlumuran darah di belakang rumahnya.

Jurucakap polis, Laura McElroy berkata, suspek menembak anak lelakinya, Beau, 13, di dalam kereta semasa dalam perjalanan untuk menjalani latihan bola sepak, manakala anak perempuannya, Calyx, 16, ditembak di rumahnya semasa sedang membuat ulang kaji pelajaran.

Menurutnya, ibu Schenecker menghubungi polis dari Texas, Amerika Syarikat (AS), kerana khuatir suspek tidak menjawab panggilannya dan menyatakan suspek sedang mengalami tekanan serta kerap mengadu mengenai perangai anak-anaknya.

Suami suspek, Parker Schenecker, seorang pegawai tentera AS berkata, dia tidak tahu apa yang terjadi kerana berada di Qatar sedang menjalankan tugas ketika kejadian berlaku.
Dikuasakan oleh Blogger.