Suami kurung isteri di ruangan bawah tanah selama 16 tahun
RIO DE JANEIRO: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mengurung isterinya dalam bilik bawah tanah selama 16 tahun, sementara dia tinggal bersama teman wanitanya di dalam rumah yang sama, Khamis lalu.(Gambar: Joao Batista Groppo disyaki telah mengurung isterinya di ruang bawah tanah selama 16 tahun.)
Sebastiana Aparecida Groppo, 64, ditemui dikurung tanpa pakaian, dibungkus dengan selimut dalam bilik bawah tanah di Sorocaba, Sao Paulo, Brazil.
Pegawai polis Sorocaba, Ana Luiza Salomone berkata, Joao Batista Groppo, 64, mengurung Sebastiana sejak 1995 kerana mendakwa isterinya mengalami sakit jiwa dan berkelakuan agresif.
"Sebastiana ada menunjukkan tanda-tanda dia mengalami masalah mental mungkin disebabkan dikurung terlalu lama dalam bilik gelap, tetapi mangsa tidak menunjukkan sebarang masalah seperti yang didakwa suaminya," katanya.
Groppo dan teman wanitanya didakwa atas kesalahan melakukan pengurungan haram dan jika disabit bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara lapan tahun. -Reuters
Post a Comment