Pendaki dijumpai hidup dan berdiri selepas terjatuh dari gunung setinggi 1,000 kaki
Seorang pendaki yang terjatuh kira-kira 1,000 kaki (300 meter) selepas tergelincir dari puncak gunung di Scotland ditemui oleh sebuah helikopter penyelamat sedang berdiri sambil membaca peta dalam keadaan dirinya sekadar luka dan lebam-lebam sahaja, semalam.
(Adam Potter (Gambar kiri) , yang terselamat selepas terjatuh hampir 1,000 kaki dari puncak Sgurr Choinnich Mor, kini pulih di sebuah hospital di Glasgow. –foto Danny / PA)
Lelaki 36 tahun, yang dikenali sebagai Adam Potter, dari Glasgow itu berada dalam kelompok empat pendaki yang berjaya ke puncak Sgurr Choinnich Mor setinggi 3,589 kaki itu, yang berada lima kilometer dari Ben Nevis telah hilang kestabilan badan ketika pijakan dan terus terjatuh kemudian terus dibawa ke Hospital Southern General di Glasgow bagi mendapat rawatan untuk kecederaan yang dikatakan "membawa kematian".
Polis berkata, Potter gembira namanya akan dikeluarkan tetapi tidak akan memberikan sebarang kenyataan. Mereka menggambarkan dia sebagai "seorang pendaki yang bernasib baik".
Beliau bernasib baik kerana helikopter Tentera Laut ‘Sea King’ ketika itu berada di udara sedang membuat latihan dan sempat tiba di tempat kejadian hanya 35 minit kemudian.
(Gunung di Scotland berhampiran Ben Nevis dimana tempat Potter dijumpai pasukan penyelamat ketika terjatuh dari puncak. –foto Alamy)
Jejak daripada kumpulan penyelamat menunjuk ke arah jatuhnya Potter yang menuruni lereng curam dan terjatuh di timur gunung.
Ketika pasukan penyelamat melihat seseorang berdiri jauh di bawah sekitar 792,5 meter, mereka menyangka salah orang dan kembali terbang ke puncak, di mana mereka melihat peralatan mendaki Potter berselerak di garis menegak menuruni puncak gunung .
Sekumpulan paramedik kemudian membuat rawatan ke atasnya dan mendapati Potter lebam-lebam, luka-luka ringan di dada dan beberapa luka biasa, meskipun ia digambarkan sebagai ‘terkejut dari tekan emosi melampau dan bantuan semata-mata bagi memastikan dia masih hidup’.
”Secara jujurnya, kami tidak menyangka dia adalah pendaki yang terjatuh itu kerana dia kelihatan seperti tidak cedera dan sedang membaca peta,” kata pegawai penyelamat, Tim Barker, pemerhati krew dari HMS Gannet, yang berpusat di Prestwick, Ayrshire.
Barker berkata, “Dia (Potter) beruntung kerana masih hidup dan mustahil untuk percaya bahawa seseorang terjatuh setinggi itu kemudian mampu kembali berdiri”.
(Adam Potter (Gambar kiri) , yang terselamat selepas terjatuh hampir 1,000 kaki dari puncak Sgurr Choinnich Mor, kini pulih di sebuah hospital di Glasgow. –foto Danny / PA)Lelaki 36 tahun, yang dikenali sebagai Adam Potter, dari Glasgow itu berada dalam kelompok empat pendaki yang berjaya ke puncak Sgurr Choinnich Mor setinggi 3,589 kaki itu, yang berada lima kilometer dari Ben Nevis telah hilang kestabilan badan ketika pijakan dan terus terjatuh kemudian terus dibawa ke Hospital Southern General di Glasgow bagi mendapat rawatan untuk kecederaan yang dikatakan "membawa kematian".
Polis berkata, Potter gembira namanya akan dikeluarkan tetapi tidak akan memberikan sebarang kenyataan. Mereka menggambarkan dia sebagai "seorang pendaki yang bernasib baik".
Beliau bernasib baik kerana helikopter Tentera Laut ‘Sea King’ ketika itu berada di udara sedang membuat latihan dan sempat tiba di tempat kejadian hanya 35 minit kemudian.(Gunung di Scotland berhampiran Ben Nevis dimana tempat Potter dijumpai pasukan penyelamat ketika terjatuh dari puncak. –foto Alamy)

Post a Comment