Header Ads

Bantuan: Mangsa banjir berebut biskut

MUZAFFARGARH, Pakistan: Mangsa banjir berebut-rebut untuk mendapatkan biskut yang diagihkan para sukarelawan di sini, kelmarin.

Semalam, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, melawat sendiri kawasan-kawasan yang terjejas teruk oleh banjir terburuk dalam sejarah negara itu.

(Mangsa banjir berebut-rebut untuk mendapatkan biskut yang diagihkan sukarelawan. -foto AP)

PBB telah merayu derma sebanyak RM1.457 bilion bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada lebih 20 juta mangsa.


Bagaimanapun, negara itu katakan memerlukan berbilion dolar lagi bagi membangunkan semula kawasan yang terjejas banjir.

Dalam pada itu, lebih banyak helikopter tiba di Pakistan kelmarin bagi membantu memindahkan mangsa banjir yang terkandas, selain daripada mengagihkan bekalan makanan dan air.

Setakat ini, Amerika telah memberi sumbangan terbesar iaitu sekurang-kurangnya RM221.8 juta.

Washington berharap bantuan itu dapat membaiki imej negara tersebut di Pakistan, sedang ia giat menentang kumpulan pengganas Taleban di Afghanistan. -Agensi
Dikuasakan oleh Blogger.