Tabung Haji beri bonus RM1.33 bilion
Lembaga Tabung Haji Malaysia telah mengumumkan pembayaran bonus 5.5 peratus bagi 2010 berjumlah RM1.33 bilion Jumaat lepas.
Pengerusinya, Tan Sri Datuk Seri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor berkata peningkatan pembayaran bonus 24 peratus itu adalah berikutan prestasi kewangan yang lebih baik Tabung Haji pada tahun lepas.
"Kadar bonus pendeposit Tabung Haji adalah kompetitif memandangkan profil pelaburan Tabung Haji adalah terhad kepada pelaburan berlandaskan Syariah sahaja.
"Namun begitu, Tabung Haji masih berkemampuan memberikan tambahan 0.5 peratus daripada kadar bonus 2009 sebanyak 5.0 peratus," katanya semasa mengumumkan bonus pendeposit Tabung Haji 2010.
Beliau berkata Tabung Haji masih menawarkan pulangan yang lebih baik jika dibandingkan dengan kadar pulangan daripada akaun tetap perbankan Islam.
Sumber-sumber utama pendapatan Tabung Haji bagi 2010 adalah daripada pelaburan ekuiti, yang telah menyumbang sebanyak 65 peratus, di mana 19 peratus adalah pendapatan dividen dan 46 peratus adalah keuntungan urusniaga saham.
Penyumbang kedua terbesar adalah dari pelaburan sekuriti hutang, terutamanya bon Islam, yang telah menyumbang sebanyak 10 peratus.
Abi Musa berkata keuntungan selepas zakat Tabung Haji bagi tahun 2010 juga telah menunjukkan kadar pertumbuhan yang baik dengan perkembangan 34 peratus berbanding 2009.
"Tabung Haji memperuntukkan pembayaran zakat perniagaan RM41 juta bagi 2010 berbanding dengan pembayaran zakat berjumlah RM39 juta pada 2009," katanya.
Beliau berkata baki dari keuntungan 2010 selepas pembayaran bonus pendeposit, iaitu sebanyak RM164 juta, akan dimasukkan ke dalam rizab Tabung Haji.
Dengan sejumlah RM153 juta yang telah dibawa ke hadapan pada tahun 2010, jumlah rizab terkumpul Tabung Haji bagi tahun tersebut adalah sebanyak RM317 juta.
"Dalam keadaan ekonomi yang mula menunjukkan kesan-kesan pemulihan, pengukuhan rizab perlu diberi keutamaan bagi mengelak faktor ketidaktentuan luaran yang sentiasa akan mendatangkan kesan kepada institusi pelaburan seperti Tabung Haji," kata Abi Musa.
Sementara itu, mengulas mengenai pembayaran bonus pendeposit Tabung Haji, Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Bhd Datuk Seri Zukri Samat berkata ia membuktikan bahawa Tabung Haji merupakan salah sebuah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang berjaya merangka formula pelaburan yang berkesan.
"Walau pun dalam keadaan ekonomi yang masih mencabar, Tabung Haji berjaya mencatat pendapatan melebihi RM2 bilion bagi tahun kewangan 2010. -Bernama
Pengerusinya, Tan Sri Datuk Seri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor berkata peningkatan pembayaran bonus 24 peratus itu adalah berikutan prestasi kewangan yang lebih baik Tabung Haji pada tahun lepas."Kadar bonus pendeposit Tabung Haji adalah kompetitif memandangkan profil pelaburan Tabung Haji adalah terhad kepada pelaburan berlandaskan Syariah sahaja.

Post a Comment