Rogol: Tak tahan tengok anak pakai baju tidur sambil membongkok
KOTA KINABALU: Rutin harian menyiapkan tempat tidur ayahnya bertukar menjadi malapetaka dalam hidup seorang gadis apabila ayahnya yang mabuk, merogolnya.
Lelaki itu dikatakan ghairah dan tidak tahan melihat anak gadisnya yang memakai baju tidur, membongkok ketika menyiapkan tempat tidurnya.
"Ayah suruh saya masuk dalam kelambu sebelum menarik tangan saya. Saya cuba melawan, tapi ayah marah dan ugut akan pukul jika saya bersuara," kata Mimi, 14 tahun, lapor Metro Ahad semalam.
Menurut Mimi, kedua-dua adik perempuannya, Nana, 13 tahun, dan Meme, 11 tahun, terjaga dari tidur akibat terdengar bunyi pelik sebelum melihat kelibat ayah yang tidak berpakaian menindihnya.
"Ayah yang terkejut melihat kelibat mereka di luar kelambu segera melepaskan saya sebelum menyuruh kami masuk ke bilik," katanya.
Sejak itu, hampir setiap malam Mimi menjadi pemuas nafsu ayahnya, yang telah lima tahun bercerai dengan isterinya.
"Malah, kedua-dua adik saya juga menjadi mangsa. Saya cuba melarikan diri, tetapi ayah pukul saya," katanya.
Kejadian yang menimpa Mimi dan dua adiknya terbongkar apabila akhbar setempat mendedahkan seorang petani, 43 tahun, melarikan diri ke hutan berhampiran rumah selepas disyaki merogol mangsa sejak awal tahun ini.
Lelaki itu kemudian ditahan pihak berkuasa apabila kembali ke rumah akibat kelaparan beberapa hari kemudian.
Dia dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu selepas mengaku salah terhadap tiga pertuduhan merogol.

Post a Comment