Perdana Menteri Haiti mengkritik sepuluh misionary
Perdana Menteri Haiti mengkritik sepuluh misionary berasal dari Amerika yang ditangkap ketika akan membawa 33 kanak-kanak yang berasal dari Haiti keluar dari kawasan bencana gempa bumi yang melanda negara tersebut.Jean-Max Bellerive menggambarkan langkah sepuluh misionary seperti "penculik" dan mengatakan bahawa sebenarnya mereka telah mengetahui apa yang mereka lakukan adalah salah.
Beliau menjelaskan beberapa orang daripada kanak-kanak terbabit masih mempunyai ibubapa yang masih hidup, selain itu pemerintah Haiti juga sedang berupaya untuk memberi penempatan kepada mereka.
Jurucakap kumpulan misionariy mengatakan mereka ingin membawa anak-anak tersebut ke sebuah pusat asuhan di Republik Dominika.
"Mereka sama sekali tidak memiliki dokumen apapun. Saya tidak tahu kalau hal tersebut memang diperlukan," kata Laura Silsby kepada CNN.
"Kami percaya bahwa tuduhan kami terlibat dalam perdagangan manusia adalah salah besar. Kami telah memberikan semua yang kami miliki untuk membantu anak-anak tersebut dan tidak mempunyai niat sedikit untuk menjadikan sebahagian mereka daripada pengamal misionary."
Hakim yang mendengar perbicaraan ini diharapkan dapat memutuskan perkara yang dihadapi oleh lima lelaki dan lima perempuan yang berasal dari Idaho, Amerika Serikat, Selasa waktu setempat.
Sebelum ini perbicaraan bersidang untuk mendengar keterangan para misionary itu hari Isnin waktu setempat, namun ditunda kerana tiada penterjemah.
Dalam sebuah wawancara dengan Associated Press, Bellerive mengatakan kalau mereka berlaku baik mungkin pengadilan akan bersikap lebih adil terhadap mereka.
"Ketika ini sudah jelas bahawa mereka mencoba untuk ke luar negeri tanpa dokumen yang jelas. Sudah jelas juga bahawa beberapa orang kanak-kanak yang akan mereka pindahkan masih memiliki orang tua yang masih hidup. Dan sudah jelas juga sekarang bahawa mereka sudah tahu apa yang mereka lakukan adalah salah," kata Bellerive.
Bellerive mengatakan pemerintah Haiti juga terbuka terhadap kemungkinan jika proses pengadilan terhadap sepuluh misionary tersebut dilaksanakan di Amerika Serikat karana sebahagian besar bangunan kerajaan dan mahkamah runtuh akibat gempa.
Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Haiti tidak mengeluarkan kenyataan penerimaan Washington terhadap proses perbicaraan tehadap sepuluh warganya itu. Mereka berkata bahawa masalah ini berlaku di Haiti dan mengatakan hingga sekarang belum ada yang mendapat tuntutan hukuman.
Sepuluh misionary itu telah ditahan sejak hari Jumaat lalu ketika mereka cuba memasuki wilayah Republik Dominika dengan membawa kanak-kanak berasal dari Haiti yang berusia antara dua hingga 12 tahun tanpa disertai dokumen yang sah.
Sumber Kerajaan Haiti mengetahui bahawa sebagian dari kanak-kanak tersebut masih memiliki keluarga dan ibubapa. Ketika ini pemerintah cuba membantu mempertemukan mereka dengan keluarga mereka.
"Seorang budak perempuan menangis dan mengatakan masih memiliki ibubapa'," kata George Willeit, jurucakap lembaga sosial, SOS Children's Village.
Menurut peraturan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, PBB, pemindahan terhadap kanak-kanak korban dalam bencana dapat dilakukan dua tahun setelah bencana terjadi dan pada masa itu usaha dilakukan untuk mengumpulkan anggota keluarga yang terpisah. -BBC
Post a Comment