Header Ads

Penjaring terbanyak liga domestik Eropah, Lionel Messi terima anugerah kasut emas

SEPANYOL: Bintang Barcelona, Lionel Messi menerima anugerah Kasut Emas setelah muncul penjaring terbanyak di dalam liga domestik Eropah musim lepas.

34 gol jaringan Messi di dalam Liga Sepanyol membolehkannya muncul pemenang mengatasi Didier Drogba dari Chelsea dan pemain Udinese, Antonio Di Natale yang masing-masing menjaringkan 29 gol.

Messi merupakan pemain kedua selepas pemain Brazil, Ronaldo memenangi anugerah tersebut semasa beraksi untuk Barcelona.

Dengan anugerah itu, Messi kini setanding dengan Marco van Basten, Ronaldo dan Cristiano Ronaldo dimana kesemuanya memenangi tiga anugerah utama iaitu Kasut Emas, Pemain Terbaik FIFA dan Bola Emas. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.