Header Ads

Bayi lelaki tidak sampai seminggu dilahirkan ditemui beralaskan kotak

SUNGAI BESAR: Seorang bayi lelaki yang tidak sampai seminggu dilahirkan ditemui dalam keadaan tidak berpakaian oleh seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berhampiran sebuah kedai perabot di Jalan Menteri, kira-kira 9.30 malam kelmarin.

Bayi malang berkenaan ditinggalkan hanya beralaskan kotak yang ditinggalkan di tepi kenderaan sejak 8.30 malam.

Bayi berkenaan ditemui selepas pelajar berkenaan terdengar suara menangis bayi yang masih bertali pusat.


Terkejut dan panik dengan keadaan itu, dia lantas menghubungi ibu saudaranya yang berada di Bangi sebelum membawa bayi berkenaan ke sana dan dinasihatkan membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penemuan itu.

Katanya, bayi yang cukup sifat itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan susulan. -SH

WarkahDaily - Makin menjadi-jadi kes buang anak. Kenapa manusia di zaman ini semakin tidak berperikemanusiaan?

Apa lagi yang perlu dikatakan, sekadar mengeluh apabila membaca berita sedemikian. Sedih, marah dan kesal, semuanya ada. Tapi sampai bila ianya dapat dibanteras?

Dari dulu sampai sekarang, tak ada satu pun usaha yang lebih berkesan yang difikirkan oleh pihak berwajib bagi mengelak kes buang anak daripada berleluasa.

Kalau ada pun usaha yang dibuat, sekadar lepas batuk ditangga, selepas didesak atau selepas ianya hangat dibincangkan. Kemudian senyap selepas beberapa ketika.

Cakap pasal pembangunan insan sampai hujung dunia, tapi nilai moral insan ntah ke mana.


Dikuasakan oleh Blogger.