Piala Super Jerman: Mueller dan Klose ambil masa 15 minit tewaskan Schalke
BERLIN: Thomas Mueller dan Miroslav Klose masing-masing menemui sasaran pada 15 minit terakhir untuk membantu kemenangan Bayern Munich 2-0 ke atas Schalke 04 dalam pertandingan Piala Super Jerman kelmarin.
Mueller, yang baru melanjutkan kontrak dengan juara Jerman ini sehingga 2015, membuka jaringan pada minit ke-75 sedang jurulatih Louis van Gaal memilih untuk menurunkan lima daripada tujuh pemain dalam skuad Piala Dunia Jerman meskipun mereka hanya mula berlatih awal minggu ini.
Pemain gantian, Andreas Ottl, membuat hantaran dari jarak jauh yang gagal diselamatkan dengan baik oleh penjaga gawang Schalke 04, Manuel Neuer, dan Klose mengumpan bola kepada Mueller.
Penyerang muda ini, yang berkongsi sebagai penjaring terbanyak di Afrika Selatan dengan lima gol, dengan mudah menolak bola ke dalam gawang.
Enam minit selepas itu, Ivica Olic menggelecek pemain lawan sebelum membuat umpanan kepada Klose bagi menyumbatkan gol kedua dari jarak dekat.
Pertandingan Piala Super Jerman ini, antara juara Liga Jerman dengan juara Piala Jerman, dihidupkan semula selepas 14 tahun.
Bayern muncul sebagai juara berganda musim lalu dan Schalke 04 merupakan naib johan liga.
'Pasukan ini lebih baik daripada tahun lalu kerana setiap pemain tahu apa yang harus mereka lakukan,' kata jurulatih Bayern, Louis Van Gaal, yang memimpin pasukan itu ke final Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.
Jurulatih Schalke, Felix Magath, yang berjaya mendapatkan bintang Real Madrid, Raul, pada musim panas ini, tetap waspada tentang peluang pasukannya untuk menggugat kedudukan Bayern musim ini.
Schalke 04 telah memberikan saingan sengit kepada Bayern sepanjang musim lalu untuk muncul sebagai naib johan.
'Anda mungkin dapat melihat yang kami masih belum mempunyai kualiti untuk menewaskan pasukan-pasukan lain pada tahap yang tinggi,' katanya. -Reuters, AFP

Post a Comment