Header Ads

Kempen anti-zina: Oi Noh!, Selangor dah buat, negeri Umno bila pulak?

Laporan Bernama menyebut, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah pun mengambil inisiatif membendung kes buang bayi dengan pelancaran kempen anti-zina.

Pengerusi jawatankuasa tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor, Dr Halimah Ali berkata, kempen menerusi Jawatankuasa Generasi Idaman Selangor (GeMS) itu akan dilancarkan sempena program untuk menangani gejala sosial pada 30 Ogos ini di I-City, Seksyen 7 di Shah Alam.

"Program ini juga sempena sambutan kemerdekaan negara dan akan dimulakan dengan Solat Isyak dan Tarawih berjemaah selain beberapa aktiviti kesenian dan persembahan artis jemputan," kata Dr Halimah kepada pemberita di Shah Alam semalam.


Langkah itu dilaksanakan bagi memberi ingatan terhadap remaja supaya tidak lalai dan terjebak dalam gejala sosial termasuk sehingga terlanjur melakukan zina dan membuang bayi.

Halimah berkata, semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pertubuhan belia dan pihak sekolah juga akan terbabit secara langsung dalam menangani isu gejala sosial itu.

Kempen itu menambah satu lagi koleksi keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat dalam menangani isu moral di kalangan rakyat.

Usaha itu juga menunjukkan kerajaan PR lebih baik daripada kerajaan BN sebelum ini yang hanya pandai menyuburkan hiburan dan program maksiat kepada rakyat tanpa memikirkan kesannya.

Kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, bagaimana di negeri-negeri di bawah pemerintahan Umno-BN, apa langkah yang kamu dah lakukan bagi menghalang kerosakan moral, buang anak daripada terus merebak?

Tak kanlah nak bendung gejala buang anak, hangpa dah rasa memadai dengan menubuhkan sekolah budak hamil. Padahal penubuhan sekolah berkenaan akan lebih memburukkan lagi keadaan apabila para pelajar akan lebih berani dan tidak takut untuk bergaul bebas sehingga mengandung anak luar nikah kerana mereka sudah ada tempat khas untuk pelajar mengandung anak luar nikah. Mereka tidak lagi merasa bimbang akan dipinggirkan masyarakat.

Noh Omar sebelum ini begitu lantang mencabar PAS-PR untuk menutup pusat hiburan pada bulan Ramadhan di Selangor. Jadi sekarang, Selangor telah mendahului negeri-negeri Umno dalam membendung gejala buang anak. Negeri-negeri Umno bila lagi?
Dikuasakan oleh Blogger.