Header Ads

Milner jadi milik Manchester City

MANCHESTER: Pemain tengah England, James Milner melengkapkan perpindahannya yang dilaporkan bernilai 26 juta pounds (RM127.6 juta) dari Aston Villa ke Manchester City.

(James Milner berhijrah dari Aston Villa ke Manchester City. -foto AFP)

Bekas pemain tengah Republik Ireland, Stephen Ireland pula beralih ke kelab sebaliknya sebagai sebahagian daripada perjanjian.

City sebelum ini pernah memancing seorang lagi pemain tengah mereka, Gareth Barry.

Jurulatih City, Roberto Mancini berasa gembira selepas berjaya memastikan pemain keenam bernilai tinggi sejak musim lalu.

"Saya gembira mendapatkan Milner bersama kami.


"Dia seorang pemain tengah yang hebat dan telah membuktikan dia mampu beraksi di mana-mana bahagian. Ini penting buat pasukan dan tidak sabar menyaksikannya beraksi untuk kami.

"Saya rasa rasa dia mampu meningkatkan keupayaannya dan menjadi pemain hebat buat Man City dalam jangka masa yang panjang," kata Mancini.

Bekas pemain Leeds dan Newcastle United itu dijangka akan membuat kemunculan pertama menentang Liverpool.

Dengan ketibaan pemain berusia 24 tahun itu, City telah membelanjakan 120 juta pounds (RM588.9 juta).

Mancini sempat menyanjung khidmat Ireland yang bermain sebanyak 142 kali buat kelab itu dengan menjaringkan 23 gol.

"Saya harap semuanya berjalan lancar buat Ireland di VIlla. Dia seorang pemain yang bagus, dia telah memainkan peranan besar dalam sejarah City," ulasnya. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.