Header Ads

Inkues Teoh: Lucunya, Malaysia tidak iktiraf kelulusan universiti lima terbaik Asia

Soalan yang diajukan Datuk Abdul Razak Musa terhadap Dr Pornthip jelas menunjukkan cubaan Ketua Pendakwaan SPRM itu untuk merendah-rendahkan kebolehan dan taraf pendidikan saksi.

Dalam satu sidang akhbar selepas prosiding berakhir, Gobind Singh Deo iaitu peguam yang mewakili keluarga Teoh Beng Hock, berkata tindakan Ketua Pendakwaan SPRM yang mempersoalkan taraf pendidikan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand menunjukkan ketidakmatangan Datuk Abdul Razak Musa.


Gobind turut menyatakan, Abdul Razak tidak fokus kepada isu utama dalam prosiding berkaitan.

Peguam yang mewakili kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar pula menyatakan tindakan mempersoalkan taraf pendidikan saksi itu amat memalukan.

Ketika prosiding, Abdul Razak telah mengemukakan soalan mengenai taraf pendidikan Pornthip yang diperoleh dari Universiti Mahidol di Thailand yang tidak diiktiraf di negara ini tetapi Pornthip berkata universiti itu merupakan antara lima universiti terbaik di Asia.

Abdul Razak mempersoalkan taraf pendidikan Pornthip yang diperoleh dari Universiti Mahidol di Thailand yang tidak diiktiraf Malaysia. Tetapi Dr Pornthip menjawab, universiti yang tidak diiktiraf Malaysia itu adalah antara lima universiti terbaik Asia.

Jika diikutkan kelayakan, berganda-ganda lebih hebat universiti tempat Dr Pornthip mendapat pendidikan berbanding universiti di Malaysia.

Jawapan Dr Pornthip itu diibaratkan menempelak Abdul Razak yang mempertikai kelulusan yang diperolehi Dr Pornthip dan dalam masa yang sama menunjukkan taraf pendidikan di Thailand lebih baik berbanding di Malaysia.

Alangkah lucunya, Malaysia yang mempunyai universiti yang banyak tetapi tarafnya ntah keberapa di Asia telah bertindak tidak mengiktiraf universiti yang lebih baik darinya dalam ranking universiti di Asia.
Dikuasakan oleh Blogger.