Cuaca sepanjang Ramadan tahun ini dijangka lebih lembap - Jabatan Meteorologi
Jika Ramadan pada tahun lalu rakyat negara ini terpaksa mengharungi bahang kehangatan akibat fenomena El Nino, namun pada tahun ini, umat Islam dijangka dapat menjalani ibadah puasa dalam suasana yang lebih selesa.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Che Gayah Ismail, keadaan cuaca sepanjang bulan Ramadan yang bermula pada hari ini dijangka lebih lembap berbanding dua tahun lalu.
“Bulan puasa pada kali ini jatuh pada Monsun Barat Daya dan purata hujan dalam bulan ini dijangka antara 100 hingga 250 milimeter (mm).
“Sementara itu, pada bulan September pula lebih lembap iaitu di antara 200 hingga 300 mm,” katanya ketika ditanya ramalan cuaca di negara ini sepanjang Ramadan ini.
sumber: kosmo.com.my

Post a Comment