Header Ads

AirAsia X lancar kempen tambang rendah ke semua destinasi mulai hari ini

AirAsia X, syarikat penerbangan jarak jauh tambang rendah utama Asia, melancarkan kempen tambang rendah untuk tempahan mulai hari ini hingga Khamis, ke semua destinasi, termasuk Korea Selatan.

Destinasi terbabit ialah Stansted di London, Taipei, Tianjin, Hangzhou, Chengdu, Gold Coast, Melbourne, Perth, Mumbai dan New Delhi.

Tempahan adalah untuk perjalanan dari 1 April hingga 11 Ogos, 2011, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan semalam.

Tambang yang ditawarkan ialah daripada RM99 ke Tianjin dan Chengdu dan RM2,249 ke Stansted.


AirAsia X juga menawarkan tambang percuma sehala ke Mumbai dan New Delhi, tidak termasuk cukai lapangan terbang.

"Tempat duduk kelas ekonomi itu direka bentuk baharu dengan kemasan dalaman serta tempat duduk katil rata premium untuk perjalanan jarak jauh dalam pesawat baharu A330 dan A340 AirAsia X," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani berkata promosi itu memberi peluang kepada pelanggan untuk terbang ke lebih banyak destinasi dalam laluannya yang luas.

"Pelanggan boleh memulakan perancangan sekarang dan menempah penerbangan untuk perjalanan tahun depan. Mereka wajar mengambil kesempatan ke atas status Kuala Lumpur sebagai gerbang ke Asia, Australia dan Eropah," katanya.

AirAsia, selari dengan AirAsia X, akan menawarkan tambang serendah RM1 dari Kuala Lumpur ke destinasi di Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand dan lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan AirAsia X.

Tempahan untuk promosi AirAsia akan berakhir pada Khamis. Tempoh perjalanan adalah sama seperti AirAsia X. -Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.