Header Ads

Suspek penyebaran video seks ‘Peterporn’ peroleh bahan itu sejak 2007

JAKARTA: Suspek dalang penyebaran klip video seks Ariel Peterpan, RJ, memperoleh bahan itu pada 2007 tetapi ia terdedah kepada umum hanya baru-baru ini.

Seorang anggota penyiasat berkata RJ menunjukkan klip itu kepada anak saudaranya, Anggit, sambil mengingatkan lelaki itu agar tidak mengambilnya.

“Tetapi mungkin Anggit mencuri bahan itu daripada RJ,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Indonesia, kelmarin.

RJ, yang nama sebenarnya Reza Rizaldy alias Redjoy, pengarang muzik yang bekerjasama rapat dengan Ariel serta kumpulannya, Peterpan. Mereka dikatakan berkawan baik.

Ariel ditahan polis dan menunggu masa didakwa di bawah undang-undang antipornografi. Pasangan ranjangnya, Luna Maya dan Cut Tari, mungkin berdepan dengan tindakan sama.


Cut telah mengakui wanita dalam klip video itu ialah beliau.

RJ dan Anggit kini berada dalam tahanan polis. Menurut penyiasat itu, RJ akan didakwa bersubahat menyebarkan klip video itu.

“Selain RJ lima individu lain, termasuk Anggit, menjadi suspek,” katanya.

Sementara itu, ibu Luna, Desa Maya, muncul di Ibu Pejabat Polis Indonesia untuk bertemu Ariel kelmarin.

Wanita keturunan Austria itu dilihat memakai baju kuning dan tiba di bangunan tersebut ditemani seorang lelaki berjaket kulit sekitar 2.30 petang.

Sumber mengesahkan Desa Maya datang dari Bali untuk bersemuka dengan Ariel.

“Namun wanita itu hanya berada di situ kira-kira 22 minit dan keluar dari pintu tepi bangunan,” katanya.

Walaupun diserbu wartawan dengan pelbagai pertanyaan sebaik keluar dari situ, Desa Maya berdiam diri sambil bergegas ke kereta. -Agensi
Dikuasakan oleh Blogger.