Header Ads

Wanita yang ‘berhubungan sulit’ dengan Saiful telah digugurkan

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah pun mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai hubungan sulit dengan saksi utama kes tersebut, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, kata Abdul Ghani pada sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Sebelum itu, Raja Petra dalam blognya mendakwa Saiful mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang anggota wanita pasukan pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pemimpin kanan PKR, Peguam Sivarasa Rasiah mendakwa, beliau ada maklumat mengenai tuduhan ini.

Saiful sebelum ini membuat laporan polis diliwat oleh Anwar dan ekoran itu Anwar didakwa oleh pasukan pendakwa yang diketuai Yusof di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mohd Yusof mendakwa peranan timbalan pendakwaraya wanita itu hanya minima sahaja kerana dia tidak termasuk secara rasmi dalam pasukan pendakwaan beliau.

Wanita itu hanya dibawa masuk untuk membantu mengumpulkan data dan mengambil nota semasa perbicaraan kerana salah seorang anggota pendakwaan telah meninggalkan pasukan itu.

"Jadi, saya tidak boleh kata dia digugurkan dari pasukan ini, kerana dia bukan anggota pasukan ini sebenarnya, bukan macam (DPP) Noorin (Badaruddin), atau Wong (Chiang Kiat), atau saya. Dia dibawa untuk membantu tetapi sekarang kita sekurang-kurangnya ada tiga peguam yang boleh menyusun, dan kadang-kadang Noorin juga mengambil nota.

"Selin itu, dia (wanita yang dikaitkan) juga adalah pendakwaraya, peguam. Dia juga ada kes yang kena kendali. Jika kita putuskan tidak masukkan dia dalam pasukan kita bulan depan, ini kerana kita boleh kendalikan kes ini tanpa dia...juga kerana dia ada kes lain yang perlu diuruskan," kata Mohd Yusof.
Dikuasakan oleh Blogger.