Header Ads

Keputusan Liga Super 28 Julai: Selangor kukuh di takhta liga

KUALA TERENGGANU: Pasukan Selangor berjaya mengutip tiga mata penuh dan mengukuhkan cengkaman di takhta Liga Super selepas menewaskan T-Team 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Safee Sali terlebih dahulu membuka tirai gol pendahuluan menerusi sepakan penalti pada minit 38 untuk menewaskan Mohd Syamsuri Mustafa dan memberi kelebihan buat Selangor sebelum tamat separuh masa pertama.

Selangor dilihat selesa dan sering melakukan asakan bertubi-tubi ke arah kubu T-Team yang dilihat goyah walaupun mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri.

Hantaran Syafiq Rahim yang ditanduk Rudie Ramli hampir memberi gol awal buat Selangor pada minit ke-33 tetapi malangnya pengadil terlebih meniup wisel kerana berada di dalam kedudukan ofsaid.

Separuh masa kedua menyaksikan permainan rancak dan menarik dipamerkan kedua-dua pasukan.

T-Team tidak memberi laluan mudah kepada Selangor dan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit 60 apabila sepakan percuma deras Shamsul Kamal Mohamad menerjah jaring yang dikawal Mohd Hamsani Ahmad.

Selangor yang tersentak dengan gol penyamaan terus menggandakan serangan dan berjaya sekali mendahului pada minit 69 apabila Rudie Ramli tenang menyudahkan hantaran cantik daripada Safee Sali.

Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat 90 minit permainan dan dengan kejayaan ini Selangor mendahului takhta Liga Super dengan jumlah kutipan mata 60 mata. -D5 Sports



Keputusan lain-lain perlawanan - 28 julai 2010

Johor

Kedah

Kelantan

Perak

P.Pinang

T-Team

0 - 4

3 - 0

4 - 1

0 - 1

0 - 3

1 - 2

Johor FC

Pahang

KL Plus

K.Lumpur

N.Sembilan

Selangor


Keputusan - 27 Julai 2010


Perlis

2 - 4

Terengganu



Dikuasakan oleh Blogger.