Header Ads

Lelaki ditembak mati orang tidak dikenali di selatan Thailand

(Anggota keluarga meratapi kematian seorang lelaki yang ditembak mati oleh orang tidak dikenali
di sebuah kampung di wilayah Pattani, selatan Thailand, semalam. -foto Reuters)


PATTANI: Penduduk di sebuah kampung di wilayah Pattani, Selatan Thailand keluar untuk menyaksikan apa yang berlaku sedang askar dan polis Thai mengawal tapak kejadian.

Laman berita Bangkok Post mengenal pasti mangsa sebagai Rawhaman Arwae, 33 tahun.

Beliau ditembak mati dengan senapang M16 di Jalan Khoke Pho-Baan Prang di Kampung Kuan Kuha, dalam wilayah Nong Chik, semasa hendak pulang ke rumah dari kedai kopi dengan menaiki basikal sekitar 7 pagi semalam.

Ketua polis Nong Chik, Kolonel Chatchai Wongsuna, berkata mangsa ditembak tiga kali dan mati di tempat kejadian. -Agensi
Dikuasakan oleh Blogger.