DPMM gesa kerajaan amal tender terbuka, agih 30% kepada Bumiputera
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mahu pentadbiran Najib memastikan 30 peratus tender kerajaan “diperuntukkan” kepada Bumiputera.
Presiden DPMM, Syed Ali Alattas (Gambar) berkata sementara dewan itu menyokong Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kebajikan dan pembangunan Bumiputera mesti dijaga.
“Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, sebanyak RM63 bilion akan digunakan untuk rancangan pembangunan... berharap kesemua kontrak akan dijalankan secara terbuka,” kata beliau.
“Saya menggesa kerajaan memberikan minimum 30 peratus tender ini kepada Bumiputera... 30 peratus ini adalah minimum. Diharap angka itu lebih besar,” kata Syed Ali.
Syed Ali memberitahu pemberita bahawa RMK-10 perlu mengenal pasti “peranan yang boleh dimainkan oleh usahawan-usahawan Melayu di 12 sektor ekonomi yang utama,” kata beliau sambil mengulangi bahawa oleh RM63 bilion akan dibelanjakan, “kami berharap akan memperoleh 30 peratus”.
Syed Ali juga berkata DPMM juga memberikan sokongan penuh ke atas inisiatif kerjasama sektor kerajaan-awam menerusi Initiatif Pembiayaan Swasta (PFI).
“Kami menyokong inisiatif kerajaan, menerusi dasar PFI. PFI berasaskan tender perundingan oleh kerajaan.
“Jadi, kami menawarkan penyertaan kami dalam PFI, menggesa kerajaan mempertimbangkan yang ini,” kata beliau. -MI
Presiden DPMM, Syed Ali Alattas (Gambar) berkata sementara dewan itu menyokong Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kebajikan dan pembangunan Bumiputera mesti dijaga.“Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, sebanyak RM63 bilion akan digunakan untuk rancangan pembangunan... berharap kesemua kontrak akan dijalankan secara terbuka,” kata beliau.

Post a Comment