Header Ads

Anak sahut cabaran dialog Ahmad Maslan tetapi secara terbuka

Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) bersedia berdialog dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan secara terbuka mengenai isu berkaitan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Presidennya, Mazlan Aliman berkata perkara itu telah dibincangkan dengan ahli jawatankuasa Anak dan mengambil kira pandangan masyarakat Felda.

“Kita tidak mahu isu penting yang perlu diketahui umum dibuat secara tertutup,” katanya pada sidang media di ibu Pejabat Pas di sini, semalam (21 Julai).

Surat jawapan menerima dialog itu telah dihantar kepada Ahmad dan mencadangkan tarikh dialog dibuat pada 9 Julai di pejabat Felda Jalan Semarak.

Sebelum ini, beliau telah mengemukakan permohonan mengadakan debat kepada Ahmad di persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, tetapi ditolak Ahmad.

Beliau berkata penganjur Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan Kali Pertama didakwa mula menerima ‘tekanan’ dari pihak tertentu supaya membatalkan himpunan tersebut.

Menurutnya, antara tekanan yang diterima termasuk mendesak mereka membatalkan program dan memberi amaran kepada warga Felcra tidak menghadiri program tersebut.

“Ada pihak ugut Felcra tempat lain jangan pergi,” katanya.

Himpunan yang dijadualkan 1 Ogos ini bertempat di Felcra Bandar Seberang Perak (Changkat Lada) adalah anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah Pas Pusat.

Penganjur bagaimanapun, menurut Mazlan tidak akan berganjak dan tetap akan meneruskan program tersebut.

“Kita tetap akan meneruskan program ini walau apa ancaman dan ugutan yang kita terima,” kata Mazlan yang juga pengerusi lajnah tersebut.

Hadir sama pada sidang media itu aktivis Felcra, Datuk Rameli Buyung dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Felcra, Akmalluddin Mohd Noor.

Dalam pada itu, sebanyak 200,000 risalah berhubung Felda diedarkan kepada orang ramai sewaktu perhimpunan tersebut.

Tindakan tersebut katanya bagi membuktikan dakwaan berhubung masalah dalam Felda yang dibuat Anak sebelum ini bukan retorik dan main-main.

Minggu lalu, Anak bersama beberapa wakil peneroka Felda dari Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah, ahli jawatankuasa Anak serta Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar telah membuat laporan berhubung dengan masalah dalam Felda kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 15 Julai lalu.

Pada malam hari yang sama beliau dipanggil ke pejabat SPRM di Bandar Baru Serting, Bahau, untuk memberi kenyataan.

Laporan SPRM dibuat berikutan kenyataan Ahmad bahawa kemerosotan rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009 diguna untuk kebajikan peneroka. -SH

WarkahDaily - Kita tengok, apa lagi alasan Datuk Ahmad Maslan untuk menolak perjumpaan yang akan dibuat itu. Sebelum ini takut untuk berdebat tapi sekarang Anak dah setuju sahut cabaran Ahmad Maslan untuk Dialog tetapi kena buat secara terbuka.

Berani ke? Jangan cari alasan lain pulak untuk mengelak daripada membicarakan tentang kemerosotan rizab tunai Felda walaupun ianya dinafikan Umno.


Dikuasakan oleh Blogger.