Walau kerajaan beri jaminan, namun rakyat masih tidak percaya harga barang tidak naik
JOHOR BAHRU: Orang ramai bimbang dengan kenaikan harga petroleum sebanyak 5 sen dan gula sebanyak 25 sen akan mengakibatkan kenaikan harga keperluan lain walaupun kerajaan sudah berjanji kenaikan itu tidak akan berlaku.Juruteknik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Shukur Ishak, 30, berkata, adalah mustahil harga barangan keperluan harian yang lain tidak naik kerana industri memerlukan bahan bakar tersebut untuk menggerakkan enjin dan pengangkutan.
“Sebelum ini ini pun harga barang sudah naik. Keadaan ini membebankan golongan berpendapatan rendah dan mempunyai keluarga besar,” katanya.
Seorang pengawal keselamatan, Anuar Mokti, 58, berkata, sebagai seorang yang berpendapatan rendah, beliau berharap kerajaan akan menurunkan kembali harga barang tersebut sekiranya pasaran semasa kembali stabil.
“Kepada yang berpendapatan tinggi, memanglah mereka tidak merasa kenaikan ini tetapi bagi kami yang berpendapatan rendah, sedikit kenaikan pun kami sudah rasai kesannya.
“Saya minta kerajaan berfikir kembali dan menurunkan harga barang selepas semuanya kembali stabil,” katanya.
Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan 500,000 pengeluar dan peniaga makanan mewakili 34 persatuan komited untuk tidak menaikkan harga makanan dan minuman yang mengandungi gula. -SH
WarkahDaily - Rakyat tidak percaya janji kerajaan konon harga barang tidak akan naik walaupun harga minyak, gas dan gula naik. kepercayaan itu hilang kerana selama ini kerajaan juga pernah berjanji harga barang tidak akan naik selepas harga petrol dinaikkan.
Akibatnya, rakyat berpendapatan rendah terpaksa menanggung keperitan hidup apabila harga barangan keperluan harian melambung naik. Walaupun begitu, kerajaan Barisan Nasional tetap tidak mempedulikan kesusahan yang ditanggung rakyat. Yang penting, kantung mereka penuh.
Nak kata takdak duit nak urus tadbir negara, bahagian perbendaharaan telah pun mengaku kerajaan masih lagi mempunyai lebihan wang sebanyak RM10 bilion.
Post a Comment