Sotong Paul 'bantu' England bida Piala Dunia 2018
JERMAN: Sotong Paul yang menjadi fenomena semasa Piala Dunia 2010 muncul sebagai duta rasmi England bagi membida temasya itu pada 2018.Paul yang berasal dari England dua tahun lalu menyertai David Beckham, Rio Ferdinand, pemandu Formula Satu (F1) - Lewis Hamilton dan penyanyi, Noel Gallagher dan Sting dalam usaha melobi England sebagai tuan rumah.
"Paul menghabiskan masa selama dua tahun di Jerman, tetapi dia adalah 'rakyat' England yang bangga dengan negaranya dan gembira dapat memberi sokongan England," kata pengurus Pusat Hidupan Laut Weymouth di selatan England, tempat Paul dilahirkan.
"Kami mendapat banyak tawaran dari seluruh dunia tetapi Paul memilih untuk negaranya.
"Dengan jangka hayatnya semakin pendek, Paul kini menumpukan perhatian kepada beberapa projek baru dan kempen England 2018 adalah sesuatu yang membuatkannya
teruja," tambah Hamilton.
Paul menjadi terkenal melalui pendekatan ramalan dengan meletakkan makan ke dalam dua bekas berbeza yang mempunyai bendera pasukan yang bertanding.
Delegasi FIFA tiba di England untuk lawatan selama empat hari.
England kini bersaing dengan Rusia, Amerika Syarikat, Australia dan penganjur bersama, Sepanyol dan Portugal serta Belanda dan Belanda untuk menganjurkan kejohanan itu pada 2018.
Pemenang bagi pembidaan Piala Dunia 2018 itu akan didedahkan pada 2 Disember. -AFP
WarkahDaily - Allah telah berfirman yang bermaksud:"Katakanlah, "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah, dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan." (Surah An-Naml).
Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang mendatangi 'arraaf' (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari." (Hadis Muslim).
Dari Aisyah r.a katanya: "Ramai orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh tukang tenung. Jawab baginda: "Mereka itu tidak benar." Mereka bertanya lagi: "Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi. Bagaimana itu?" Jawab Rasulullah SAW, "Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh bangsa jin lalu dibisikkan ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina. Dan mereka tokok tambahkan dengan seratus pembohongan, bahkan lebih." (Hadis Muslim).
Post a Comment