BN mahu naikkan tarif air tapi takut dihentam?
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah pun menjelaskan bahawa kerajaan persekutuan bersetuju supaya kenaikan tarif air dan cukai tunai diseragamkan di seluruh negeri.
Najib memberi tempoh Ramadan ini kepada semua kerajaan negeri memaklumkan kepadanya sama ada mereka bersetuju supaya beliau menjadi hos kepada satu perbincangan selepas Hari Raya bagi mencari kata sepakat dalam hal itu.
Sambil meminta agar persetujuan itu akan diikuti oleh semua negeri tanpa mengira fahaman politik.
“Dalam soal hasil tanah dan juga dari segi kos bekalan air, kita akan cuba mendapatkan persefahaman (semua negeri) dalam hal ini, “ kata Najib di Putrajaya kepada media selepas mesyuarat Majlis Kewangan Negara.
Permintaan Najib agar kerajaan negeri termasuk dari Pakatan Rakyat (PR) agar bersepakat dalam kenaikan tarif air dan cukai tanah adalah bagi menampakkan semua negeri sama, tidak kira PR atau Barisan Nasional (BN).
Jika persetujuan itu menjadi realiti, apabila kerajaan mana-mana negeri yang diperintah BN cuba menaikkan tarif air dan cukai tanah, tidaklah mudah diserang oleh musuh politiknya.
Kebiasaannya, kerajaan akan melakukan sesuatu tanpa memikirkan kesan terhadap rakyat. Tetapi akibat kesan tsunami politik PRU lepas, rakyat cuba memberi protes kepada BN, menyebabkan BN dilihat berhati-hati membuat keputusan tidak popular.
Sebelum ini sudah banyak buktinya apabila kerajaan terpaksa menangguh ‘blacklist’ saman ekor, terpaksa menarik balik pemberian lesen judi bola sepak dan sebagainya. Itu semua kerana ditekan oleh musuh politik dan rakyat.
Namun jika keputusan menaikkan tarif air dan cukai tanah itu disepakati oleh semua kerajaan negeri termasuk PR, jadi menampakkan kenaikan itu tidak menjadi beban kepada BN untuk berhadapan protes rakyat secara berseorangan.
Mungkin bagi BN, jika PR bersetuju, bermakna rakyat pun bersetuju. Kerana PR memang bekerja untuk rakyat dan cuba melakukan kebajikan untuk rakyat.
“Jadi kalau ada cadangan untuk menaikkan harga air dan cukai tanah, maka akan berlaku unsur politik dalam hal ini. Tetapi kalau semua negeri bersetuju, tiadalah mainan politik sama sekali, “ kata Najib.
Jelas menunjukkan kerajaan negeri BN amatlah takut untuk menaikkan tarif air dan cukai tanah di negeri masing-masing jika kerajaan PR tidak turut sama kerana dibimbangi tidak popular.
Jika ada negeri PR tidak bersetuju dengan cadangan Najib itu, bermakna amatlah sukar kerajaan BN untuk menaikkan tarif air dan cukai tanah di masa depan kerana bimbang akan dihentam PR dan rakyat.
Mungkin ianya adalah helah untuk menaikkan tarif air dan cukai tanah selepas ini. Namun BN dilihat ketakutan untuk berbuat keputusan secara bersendirian tanpa sokongan daripada negeri Pakatan Rakyat.
Kerana dilihat, kenaikan tarif air dan cukai tanah amatlah tidak popular di kalangan rakyat buat masa ini dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, rakyat dibebani dengan pelbagai kenaikan harga barang lain termasuk dikurangkan subsidi oleh kerajaan BN.
Najib memberi tempoh Ramadan ini kepada semua kerajaan negeri memaklumkan kepadanya sama ada mereka bersetuju supaya beliau menjadi hos kepada satu perbincangan selepas Hari Raya bagi mencari kata sepakat dalam hal itu.Sambil meminta agar persetujuan itu akan diikuti oleh semua negeri tanpa mengira fahaman politik.

Post a Comment