Header Ads

Pemegang kad MasterCard Malaysia berbelanja sebanyak US$67.1 juta

Para pemegang kad MasterCard Malaysia telah membelanjakan US$67.1 juta atau peningkatan 34 peratus semasa hujung minggu pertama Karnival Mega Malaysia 2010, berbanding dengan US$49.7 juta yang dibelanjakan pada hujung minggu pertama karnival tahun lepas.

Di dalam satu kenyataan Selasai, MasterCard Worldwide berkata bilangan keseluruhan transaksi yang dilakukan oleh para pemegang kad Malaysia meningkat 9.0 peratus kepada 910,588.


Naib Presiden dan Pengurus Kanan Negara Malaysia dan Brunei, MasterCard Worldwide Jim Cheah berkata data perbelanjaan menggalakkan itu mencerminkan peningkatan keyakinan pengguna di kalangan pengguna di Malaysia.

"Kami berharap trend positif ini akan berterusan dan lebih banyak pembeli akan menggunakan MasterCard masing-masing bagi mengambil kesempatan daripada pelbagai keistimewaan yang ditawarkannya pada tahun ini," katanya. -Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.