Malaysia yakin pelaburan meningkat RM8 bilion tahun ini berbanding tahun lepas - Mustapa
Malaysia yakin mencapai sasaran pelaburan RM40 bilion pada tahun ini, iaitu peningkatan RM8 bilion berbanding RM32 bilion pada 2009, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed.Bagi tempoh enam bulan pertama, Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) telah meluluskan pelaburan RM13.2 bilion jumlah, katanya.
Daripada jumlah itu, RM7.5 bilion atau 56.8 peratus adalah dari pelaburan langsung asing dan RM5.7 billion atau 43.2 peratus adalah dari pelaburan domestik, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan MITI 2010 hari ini.
MIDA juga meluluskan 455 projek bagi tempoh enam bulan pertama yang melibatkan sektor elektrik dan elektronik (RM3.3 bilion), Logam fabrikasi(RM605.9 juta) dan peralatan pengukuran dan saintifik (RM554.4 juta), katanya.
Antara tiga negara penyumbang terbesar kepada pelaburan langsung asing termasuk Singapura sebanyak RM2.9 bilion, Jepun (RM722.6 juta) dan Switzerland (RM537.8 juta).
Mustapa berkata MITI telah menggerakkan jentera bagi mempromosikan pelaburan dalam dan luar negara bagi meningkatkan pelaburan bagi tempoh kedua tahun ini.
"Kita telah menandatangani beberapa perjanjian perdagangan bebas dengan negara-negara seperti New Zealand, Pakistan, Jepun dan Chile.
"Kami juga sedang berbincang dengan negara-negara lain seperi Australia, Turki, India, Bangladesh dan Kesatuan Eropah." katanya.
Selain itu, MITI sedang berbincang secara agresif dengan syarikat Korea Selatan bagi menambah pelaburan di Malaysia.
"Korea selatan sedang mengalami keadaan ekonomi yang memberangsangkan," kata Mustapa.
"Pegawai Miti di Seoul sedang menyusuli cadangan yang dibuat oleh syarikat-syarikat di Korea, syarikat-syarikat yang berada di Malaysia berpuashati dengan layanan yang diberikan oleh Malaysia.
Selain itu, Mustapa turut melancarkan Pelan Strategik MITI 2008-2012 bagi mencapai matlamat kerajaan seperti yang digariskan di dalam Model Baru Ekonomi 0 (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10).
Sebanyak enam teras strategik telah digariskan dalam Pelan tersebut.
Antaranya adalah meningkatkan eksport dan pelaburan bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan, mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi serta meningkatkan produktiviti dan inovasi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. -Bernama
Post a Comment