Gallas mungkin akan berhijrah ke Tottenham Hotspurs
LONDON: Pemain kebangsaan Perancis, William Gallas berkemungkinan akan berhijrah dari Arsenal ke Tottenham Hotspurs pada hujung minggu ini.(Pemain pertahanan, William Gallas hampir melengkapkan perpindahannya dari Arsenal ke Tottenham Hotspurs berikutan reaksi bos Spurs, Harry Redknapp yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 33 tahun tersebut. -foto AFP)
Boss Spurs Harry Redknapp telah mengesahkan pihaknya berminat untuk mendapatkan pertahanan berusia 33 tahun tersebut dan menurut laporan dikatakan perpindahan akan dilengkapkan di dalam minggu ini.
"Dia pernah bermain bersama Arsenal dan sebelum itu bersama Chelsea. Dia seorang pemain yang hebat dan sangat berguna sebagai pemain bantuan di dalam skuad kami.
Redknapp menghadapi masalah dibahagian benteng pertahanan kerana kecederaan yang dialami Jonathan Woodgate dan Ledley King sekaligus sedang mencari beberapa pemain untuk menguatkan kekuatan di bahagian bawah daripada longgar memandangkan saingan musim ini lebih sengit berbanding sebelumnya.
Jika perpindahan ini berjaya, Gallas akan menjadi pemain kedua berhijrah semasa musim panas selepas pemain dari Brazil, Sandro. -PA Sports
Post a Comment