Chelsea dan Arsenal lakar kemenangan bergaya belasah lawan 6-0
Chelsea kenduri gol lagi
LONDON: Kecermelangan Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan liga berterusan apabila membelasah Wigan, sekali lagi dengan enam gol tanpa balas.
(Pemain Chelsea, Yossi Benayoun (kanan) meraikan jaringannya bersama-sama dengan John Obi Mikel (tengah) dan kapten John Teryy ketika pasukannya belasah Wigan 6-0 di Stadium DW. -foto AFP)
Selepas membenam West Brom 6-0 dalam perlawanan pembukaan minggu lepas, Chelsea sekali lagi gah dengan mengulangi jaringan yang sama.
Kecemerlangan Chelsea dimulakan dengan jaringan pemain Perancis, Florent Malouda pada babak pertama.
Seorang lagi pemain Perancis, Nicolas Anelka menambah perit pasukan Wigan apabila hanya memerlukan tempoh empat minit untuk menjaringkan dua gol.
Pesta gol Chelsea tidak berakhir di situ sahaja apabila Salomon Kalou menambah lagi dua gol dan jaringan pada minit ke-90 oleh Yossi Benayoun melengkapkan kenduri enam gol Chelsea.
Walcott bantu Arsenal ratah Blackpool
Sementara dalam satu lagi perlawanan di Stadium Emirates, Theo Walcott menjadi wira Arsenal apabila melakukan hatrik ketika menang 6-0 ke atas pendatang baru Liga Perdana Inggeris musim 2010-11, Blackpool.
(Theo Walcott (kiri) merembat melepasi pemain pertahanan Blackpool, Dekel Keinan (kanan) untuk menjaringkan gol ketiganya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris diantara Arsenal menentang Blackpool di Stadium Emirates. -foto AFP)
Blackpool yang mencatatkan kemenangan bergaya 4-0 keatas Wigan minggu lepas akhirnya kembali ke alam nyata dengan kekalahan ini.
Walcott membuka jaringan untuk pasukan Arsenal selepas merembat masuk bola hasil dari hantaran Andrei Arshavin.
Arshavin menggandakan jaringan Arsenal menerusi sepakan penalti pada minit ke-32 setelah Ian Evatt menjatuhkan Marouane Chamakh. Evatt diperintah keluar padang.
Tersentak dengan kad merah, Blackpool bagaikan hilang tumpuan.
Walcott melengkapkan hatriknya enam minit sebelum waktu rehat.
Abou Diaby dan Chamakh melengkapkan kemenangan bergaya Arsenal dengan masing-masing satu pada babak separuh masa kedua sekaligus gol pertama bagi Chamakh untuk Arsenal.
Tottenham juga mencatatkan kemenangan pertama musim ini dengan menewaskan Stoke 2-1.
Gareth Bale muncul wira Spurs dengan menjaringkan kedua-dua gol sambil dibalas oleh Stoke melalui Ricardo Fuller.
Birmingham menewaskan Blackburn 2-1 melalui dua jaringan oleh Craig Gardner.
Sebelum itu Steven Nzonzi meletakkan Blackburn dihadapan.
Everton masih lagi mencari rentak kemenangan setelah hanya mampu seri 1-1 menentang Wolves.
Gol-gol dijaringkan oleh Tim Cahill (Everton) dan Sylvan Ebanks-Blake (Wolves).
Penyerang baru West Brom, Peter Odemwingie beraksi dengan cemerlang apabila gol tunggal beliau sudah cukup untuk membantu menumpaskan Sunderland 1-0.
West Ham masih lagi tanpa mata setelah ditumpaskan oleh Bolton 3-1.
Johan Elmander muncul wira Bolton dengan menyumbat dua gol selepas Matthew Upson menjaringkan gol sendiri.
West Ham cuba bangkit melalui sepakan penalti dari Mark Noble tetapi semuanya sudah terlambat. -AFP
Keputusan penuh lain-lain perlawanan
LONDON: Kecermelangan Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan liga berterusan apabila membelasah Wigan, sekali lagi dengan enam gol tanpa balas.(Pemain Chelsea, Yossi Benayoun (kanan) meraikan jaringannya bersama-sama dengan John Obi Mikel (tengah) dan kapten John Teryy ketika pasukannya belasah Wigan 6-0 di Stadium DW. -foto AFP)
Selepas membenam West Brom 6-0 dalam perlawanan pembukaan minggu lepas, Chelsea sekali lagi gah dengan mengulangi jaringan yang sama.
Kecemerlangan Chelsea dimulakan dengan jaringan pemain Perancis, Florent Malouda pada babak pertama.
Seorang lagi pemain Perancis, Nicolas Anelka menambah perit pasukan Wigan apabila hanya memerlukan tempoh empat minit untuk menjaringkan dua gol.
Pesta gol Chelsea tidak berakhir di situ sahaja apabila Salomon Kalou menambah lagi dua gol dan jaringan pada minit ke-90 oleh Yossi Benayoun melengkapkan kenduri enam gol Chelsea.
Walcott bantu Arsenal ratah Blackpool
Sementara dalam satu lagi perlawanan di Stadium Emirates, Theo Walcott menjadi wira Arsenal apabila melakukan hatrik ketika menang 6-0 ke atas pendatang baru Liga Perdana Inggeris musim 2010-11, Blackpool.(Theo Walcott (kiri) merembat melepasi pemain pertahanan Blackpool, Dekel Keinan (kanan) untuk menjaringkan gol ketiganya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris diantara Arsenal menentang Blackpool di Stadium Emirates. -foto AFP)
Blackpool yang mencatatkan kemenangan bergaya 4-0 keatas Wigan minggu lepas akhirnya kembali ke alam nyata dengan kekalahan ini.
Walcott membuka jaringan untuk pasukan Arsenal selepas merembat masuk bola hasil dari hantaran Andrei Arshavin.
Arshavin menggandakan jaringan Arsenal menerusi sepakan penalti pada minit ke-32 setelah Ian Evatt menjatuhkan Marouane Chamakh. Evatt diperintah keluar padang.
Tersentak dengan kad merah, Blackpool bagaikan hilang tumpuan.
Walcott melengkapkan hatriknya enam minit sebelum waktu rehat.
Abou Diaby dan Chamakh melengkapkan kemenangan bergaya Arsenal dengan masing-masing satu pada babak separuh masa kedua sekaligus gol pertama bagi Chamakh untuk Arsenal.
Tottenham juga mencatatkan kemenangan pertama musim ini dengan menewaskan Stoke 2-1.
Gareth Bale muncul wira Spurs dengan menjaringkan kedua-dua gol sambil dibalas oleh Stoke melalui Ricardo Fuller.
Birmingham menewaskan Blackburn 2-1 melalui dua jaringan oleh Craig Gardner.
Sebelum itu Steven Nzonzi meletakkan Blackburn dihadapan.
Everton masih lagi mencari rentak kemenangan setelah hanya mampu seri 1-1 menentang Wolves.
Gol-gol dijaringkan oleh Tim Cahill (Everton) dan Sylvan Ebanks-Blake (Wolves).
Penyerang baru West Brom, Peter Odemwingie beraksi dengan cemerlang apabila gol tunggal beliau sudah cukup untuk membantu menumpaskan Sunderland 1-0.
West Ham masih lagi tanpa mata setelah ditumpaskan oleh Bolton 3-1.
Johan Elmander muncul wira Bolton dengan menyumbat dua gol selepas Matthew Upson menjaringkan gol sendiri.
West Ham cuba bangkit melalui sepakan penalti dari Mark Noble tetapi semuanya sudah terlambat. -AFP
Keputusan penuh lain-lain perlawanan
Arsenal | 6 - 0 | Blackpool |
Post a Comment