Header Ads

Perkeso baru jual saham dalam Carlsberg

Selepas ditekan oleh beberapa pihak termasuk dari Pakatan Rakyat, Kerajaan BN telah pun mengambil keputusan menjual semua saham Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam syarikat minuman keras, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad (Carlsberg).

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam, baru-baru ini semua saham Perkeso dalam syarikat berkenaan telah pun dijual selepas ia mengambil keputusan April lalu untuk melupuskan saham dalam syarikat minuman keras berkaitan.

"Pada masa ini, Perkeso tidak mempunyai saham di dalam syarikat terbabit walaupun pada satu ketika memang ia telah membeli saham syarikat ini," katanya S. Subramaniam ketika menggulung perbahasan RMK-10 di Dewan Negara semalam.


Sebelum itu, Senator Mumtaz Md. Nawi meminta kementerian memberi penjelasan berkaitan saham Perkeso dalam syarikat Carlsberg.

Sudah berapa lama Perkeso terlibat dalam pelaburan syarikat minuman keras itu amatlah dikesali kerana pelaburan yang dibuat melibatkan duit pencarum yang terdiri daripada orang Islam yang menyimpan wang mereka ketika hari memerlukan.

Kadaan itu menunjukkan betapa kerajaan tidak mengambil kisah kemana wang rakyat dilaburkan asalkan mendatangkan keuntungan. Istilah halal dan haram tidak diperbincangkan, padahal kerajaan mempunyai pelbagai mekanisma yang berkaitan agama untuk dirujuk sebelum melakukan pelaburan.

Padahal pelaburan dalam syarikat arak itu sudah pun diketahui keharamannya. Selama ini, duit yang disimpan pencarum bergelumang dengan pelaburan haram dan para pencarum boleh dikatakan sebagai mangsa keadaan hasil kerakusan kerajaan untuk mencari keuntungan.
Dikuasakan oleh Blogger.