Juara Liga Perdana Inggeris: Chelsea atau Man Utd? 9 Mei menjadi penentuaan
LONDON: Tarikh 9 Mei akan menjadi hari penentuannya. Pasukan manakah yang akan menjadi juara pertandingan Liga Perdana England musim 2009-2010?Chelsea atau Manchester United.
Chelsea akan menerima kunjungan Wigan Athletic sementara United menjadi tuan rumah kepada Stoke City.
Dengan Chelsea menewaskan Liverpool 2-0 melalui Didier Drogba dan Frank Lampard dan United pula mengalahkan Sunderland 1-0 melalui jaringan Nani, pertarungan bagi menentukan juara musim ini akan hanya diketahui dalam jadual perlawanan terakhir masing-masing.
Chelsea, yang mempunyai kelebihan satu mata ke atas United, perlu menang kecuali pasukan dari Old Trafford itu juga mengalami kejutan di tangan Stoke.
Pengurus pasukan United, Sir Alex Ferguson, yang sedar Chelsea berada dalam kedudukan yang lebih selesa menjadi juara, memberitahu, "Apa yang boleh kami lakukan ialah berusaha memenangi perlawanan di depan para penyokong kami.
"Wigan boleh melakukan sesuatu dan anda tidak tahu macam-macam boleh terjadi dalam bola sepak. Ini adalah sukan gila.
"Tetapi apa yang lebih penting ialah kami perlu memenangi perlawanan kami agar kemenangan itu dapat menghiburkan para penonton kami."Jika kesudahannya United yang menjadi juara, tentu ini adalah pencapaian yang mengagumkan. Saya tidak fikir ada pasukan yang dapat memenangi pertandingan ini empat musim berturut-turut", ujar Ferguson.
Nani, yang menyumbatkan gol United pula memberitahu, "Anda tidak tahu apa yang boleh berlaku dalam bola sepak. Kami harus lihat dan tunggu tetapi yang penting kami terlebih dahulu harus memenangi perlawanan kami".
Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti, memberitahu, "Saya selalu memberitahu bahawa penentuan juara pertandingan ini akan diputuskan pada akhir musim ini.
"Namun begitu, pasukan kami sungguh cergas dan mempunyai kekuatan mental untuk menghadapi cabaran perlawanan terakhir kami".
Pengurus pasukan Chelsea dari Italy itu kemudian menarik perhatian bahawa kemenangan pasukannya ke atas Liverpool adalah penting untuk memastikan pasukannya terus bersaing dalam pertandingan ini.
"Walaupun perlawanan menentang Liverpool adalah sukar tetapi kami yang lebih wajar memenangi perlawanan tersebut kerana kami telah bermain lebih baik", beliau menambah. -Reuters
Post a Comment