Terbuka Amerika Syarikat: Djokovic berhempas pulas tunduk rakan senegara
NEW YORK: Pilihan ketiga, Novak Djokovic terpaksa berhempas pulas dalam cuaca panas untuk mengenepikan cabaran rakan senegara, Victor Troicki dalam pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat.(Pilihan ketiga, Novak Djokovic meraikan kemenangan ke atas Victor Troicki dalam pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat di Flushing Meadow pada 31 Ogos 2010. -foto AFP)
Pemain Serbia itu mengharungi perlawanan sengit lima set untuk menempah tiket ke pusingan kedua dengan mencatat kemenangan 6-3, 3-6, 2-6, 7-5, 6-3.
Lawan beliau di pusingan berikutnya ialah Philipp Petzschner dari Jerman.
"Kredit perlu diberikan kepada Victor. Beliau bermain dengan baik sekali hari ini," ujar Djokovic.
"Jika saya kalah sekalipun hari ini, dia memang layak untuk menang. Saya bernasib baik kerana berjaya mara."
Bekas juara Terbuka Australia itu nyata lemah beraksi di bawah sinaran matahari yang terik, di mana suhu di gelanggang utama Arthur Ashe itu mencecah 35.5 darjah Celsius.
Kemenangan itu memastikan Djokovic kekal dalam laluannya untuk bertemu Roger Federer di peringkat separuh akhir. -AFP
Post a Comment