Header Ads

Kekayaan negara hanya dibolot golongan elit Umno-BN - Anwar

KUALA LUMPUR 2 Mei - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap kerajaan yang memonopoli hasil masyhul dan kekayaan negara dengan sistem pembahagian yang tidak adil dan hanya dinikmati oleh golongan elit tertentu.

"Agenda Ekonomi Malaysia haruslah berpaksi di atas keadilan tanpa mengira ras dan kepercayaan agama. Kekayaan negara yang menumpuk bukanlah milik mutlak pemerintah dan keluarga mereka sahaja", kata Anwar dalam perutusan Hari Pekerja 2010 semalam.

Beliau menyeru kepada semua pihak agar sedar bahawa perjuangan untuk memartabatkan golongan pekerja turut meliputi aspek pentadbiran, sikap dan budaya kerja.

Kemakmuran ekonomi yang dinikmati perlulah seimbang dan adil dalam usaha pembangunan negara.

Justeru, tarikh 1 Mei merupakan hari yang signifikan bagi golongan pekerja bagi meraikan kemanusiaan dan keadilan yang tuntas.

"Pakatan Rakyat konsisten untuk memperjuangkan nasib \pekerja dan keluarga mereka. Adalah tidak adil sekiranya kemiskinan itu terus diwarisi dari satu generasi ke satu generasi," tegas Anwar.

Beliau optimis dengan kejayaan Malaysia untuk keluar dari kemelut ekonomi yang melanda dengan perkongsian usaha bersama para majikan dan pekerja. -SK

WarkahDaily - Itulah sebabnya, Umno-BN sayang sangat nak lepas kuasa yang mereka pegang. Walau dengan apa cara sekali pun, kuasa mereka tetap dipertahankan. Kotor ke tidak, belakang kira. Yang penting, kuasa kekal. Jadi senanglah nak bolot semua harta ketika masih lagi jadi pemimpin.

Kalau tak, camana adik beradik boleh kaya sekelip mata saje. Rumah wakil rakyat bagaikan istana. Jutawan jadian bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Tak peliklah Umno-BN berhempas pulas mahu mengekalkan kuasa mereka. Kalau pilihanraya, taktik kotor sudah jadi darah daging. Asal kuasa dapat dikekalkan.

Dikuasakan oleh Blogger.