Pulau Pinang akan adakan pilihan raya kerajaan tempatan
KUALA LUMPUR, 6 Mac: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri itu — satu-satunya negeri yang memutuskan untuk mengembalikan sistem tersebut.Pilihan raya kerajaan tempatan ini melibatkan Majlis Perbandaraan Pulau Pinang dan Majlis Perbandaraan Seberang Prai.
Sehubungan itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pihaknya akan memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengendalikan pilihan raya itu.
Keputusan itu dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Rabu lalu. -TMI
Post a Comment