Header Ads

UPDATE: MB Johor adu sakit dada bukan pitam

JOHOR BARU: Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, tidak pitam, sebaliknya hanya mengadu sakit dada, kata Setiausaha Akhbarnya, Mohd Sa'odi Mat Atar.

Beliau berkata, Abdul Ghani dibenarkan pulang selepas pemeriksaan oleh doktor sebentar tadi.

"Datuk mengadu sakit dada ketika bermain golf tadi," katanya yang menghubungi Berita Harian Johor sebentar tadi.

Pembetulan itu dibuat berdasarkan berita awal Berita Harian, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pitam ketika sedang bermain golf di Kelab Golf Diraja Johor (RJCC), pagi ini.

Abdul Ghani, 64, dihantar ke hospital swasta berkenaan kira-kira jam 8.45 pagi tadi bagi mendapatkan rawatan.

Beliau memberitahu Abdul Ghani telah disuruh pegawai perubatan hospital untuk berehat dan dibenarkan keluar hospital pada 12.56 tengah hari.

Jamilah yang sempat ditemui di hospital itu berkata, suaminya agak letih disebabkan jadual kerja yang padat sejak sebulan lalu.

"Beliau hanya letih kerana mempunyai jadual padat sejak sebulan lalu. Jangan bimbang. Beliau hanya perlu berehat," katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.