Header Ads

Piala FA: Bendtner bantu Arsenal mara ke suku akhir, Man City turut serta layak

LONDON: Jaringan hatrik Nicklas Bendtner membantu Arsenal menang besar 5-0 keatas Leyton Orient dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA.

(Nicklas Bendtner menjaringkan gol keempat Arsenal untuk melengkapkan hatriknya dalam perlawanan Piala FA menentang Leyton Orient.)

Arsenal yang terlepas peluang untuk meraih kejuaraan Piala Liga minggu lalu setelah ditewaskan Birmingham, beraksi dengan cemerlang untuk mara ke suku akhir.

Marouane Chamakh terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ketujuh hasil hantaran cantik Tomas Rosicky.

Bendtner meletakkan Arsenal dua gol dihadapan pada minit ke-30.

Gol kedua Bendtner menyusul dua minit sebelum separuh masa pertama tamat hasil hantaran pemain pertahanan, Kieran Gibbs untuk meletakkan Arsenal tiga gol dihadapan.

Pada babak separuh masa kedua, skuad Arsene Wenger itu masih meneruskan gaya permainan dengan menyerang.

Pada minit ke-62, Gibbs dikasari oleh Revell dalam kotak penalti. Bendtner melengkapkan hatriknya apabila dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Gael Clichy melengkapkan kemenangan bergaya Arsenal apabila menyumbat masuk gol kelima Arsenal 15 minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Dalam satu lagi perlawanan, Manchester City mara ke suku akhir selepas menewaskan Aston Villa 3-0.

(Yaya Toure membuat rembatan terus ke gawang Aston Villa menewaskan penjaga gol Aston Villa, Friedel untuk jaringan pertama Manchester City dalam perlawanan Piala FA. City kalahkan Aston Villa 3-0.)

Gol-gol pasukan Roberto Mancini itu dijaringkan oleh Yaya Toure (min 5), Mario Ballotelli (min 25) dan David Silva (min 70) untuk membolehkan City menang bergaya.

Arsenal akan bertemu Manchester United manakala Manchester City akan bertemu Reading di suku akhir nanti. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.