Header Ads

1,086 penjawat awam bankrap, 72.74% daripadanya adalah lelaki

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong semalam mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah hutang yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan.

Beliau berkata pada tahun 2009 sahaja, Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.

“Masalah ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana belenggu masalah hutang boleh menjejaskan prestasi penjawat awam, dan sekiranya prestasi terjejas dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib,” katanya ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Jabatan Perdana Menteri di sini semalam.

Liew berkata, taklimat tersebut diadakan bagi memberi pendedahan kepada penjawat awam bagaimana menangani isu-isu berkaitan hutang dan kebankrapan. -Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.