Header Ads

Safee Sali tidak sabar mahu bukti kewibawaan bersama Pelita Jaya

Safee Sali sudah tidak sabar lagi membuktikan kewibawaannya bersama Pelita Jaya.

(SERIUS: Safee Sali kelihatan sedang berbincang sesuatu dengan jurulatih Pelita Jaya, Misha Radovic ketika sesi latihan fizikal di padang Sawangan.)

Penyerang kelahiran Kajang itu bakal berdepan dengan kelab Sriwijaya FC yang bakal menjadi medan ujian pertamanya pada Sabtu ini.

"Saya harap dapat menjaringkan gol tak kira pada Sabtu ini dan pada masa-masa akan datang.

"saya harap kerjasama yang bagus daripada rakan-rakan," jelasnya.

Safee mengharapkan dapat menghidupkan jentera serangan Pelita Jaya lebih-lebih lagi dengan kehadiran pemain import dari Paraguay, Juan Ramirez dan Coulibaly (Mali).

Pada pusingan pertama yang lalu, Pelita Jaya tumpas 2-1 pada minit-minit terakhir.

"Saya mahu membuktikan Pelita Jaya tidak seharusnya kalah dalam perlawanan pusingan pertama dan akan membuktikan di Sriwijaya nanti," tegasnya.

Meskipun mengakui tempoh tiga minggu berlatih bersama belum cukup untuk mewujudkan keserasian mantap bersama pasukan barunnya, Safee bagaimanapun enggan menjadikan itu alasan utama baginya mempamerkan kehebatan. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.