Header Ads

Chelsea benam Arsenal 2-0

LONDON: Didier Drogba meneruskan rekod jaringan cemerlangnya ke atas Arsenal dengan kemenangan 2-0 untuk empat mata berada di puncak.

(Didier Drogba (tengah) dicabar pemain Arsenal, Laurent Koscielny (kanan) dan Jack Wilshere dalam perlawanan EPL di Stamford Bridge di London pada 3 Okt 2010. -foto AFP)

Penyerang The Blues memecah kebuntuan pada minit ke-39 untuk gol ke-13 dalam 13 pertemuan dengan seteru jiran itu sebelum Alex menyempurnakan kejayaan itu lima minit sebelum permainan tamat dengan sepakan percuma deras.

Arsenal menguasai sebahagian besar permainan tetapi tidak mampu memecahkan keampuhan benteng Chelsea.

Pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu bernasib baik pada 60 saat pertama apabila Arsenal memulakan langkah dengan yakin dengan mencipta dua peluang terbuka.

Marouane Chamakh gagal mempamerkan sengatnya apabila terlepas beberapa peluang terutamanya menerusi tandukan.

Chelsea sebaliknya lebih banyak bergantung kepada serangan balas tetapi sudah cukup untuk mengancam kubu lawan yang banyak mengawal bola.

Dalam keasyikkan mengaturkan serangan, Chelsea kembali menghantui Arsenal apabila menjaringkan gol enam minit sebelum tamat masa pertama. Gerakan gol tumit itu hasil umpanan bekas bintang The Gunners sendiri, Ashley Cole.

Sungguhpun begitu, tumpuan Arsenal tidak terjejas tapi masih dapat memecah kebuntuan.

Anelka mungkin dapat menambah kelebihan buat pasukannya tatkala pemain pertahanan cuba membantu bahagian atas dan kesilapan Koscielny yang menjatuhkan Anelka membawa padah apabila Chelsea dihadiahkan sepakan percuma.

Alex melepaskan tendangan padu dari jarak 30 ela untuk menamatkan sisa perjuangan The Gunners. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.