Header Ads

Woi! Hangpa nak naikkan harga petrol sebulan sekali ke?

WarkahDaily – Terlambat dapat informasi la pulak. Seperti hari-hari biasa, aku pi isi minyak kat stesen minyak Shell pagi tadi. Huhh?? Terkejut sakan aku…Minyak RON97 naik lagi weii!.

Bila bukak internet, barulah aku tau, rupa-rupanya sejak dari malam tadi dah kerajaan Barisan Nasional (BN) telah pun menaikkan harga petrol RON97 sebanyak RM0.15 menjadikan harga semasa RM2.30 seliter. Hamprak punya kerajaan. Asyik nak tekan dan buli rakyat aje.

Patutlah pun aku tengok semacam aje ramai orang duk isi minyak sebelum tu. Rupa-rupanya depa dah tau harga minyak naik lagi.

Dah berapa kali dah naik wei..Mau naik lagi ka?

Cukup sebulan, kerajaan BN naikkan harga petrol. Woi!..hangpa nak naikkan harga petrol sebulan sekali ke?

Sebelum ni, kerajaan BN naikkan harga petrol RM0.05 pada 1 November menjadikan harga petrol RM2.15 seliter. Baru aje lagi…

Tunggu bulan depan pulak…BN memang sah Barang Naik!
Dikuasakan oleh Blogger.