Bekas pemain England, Nicky Butt bermain untuk Hong Kong dalam kempen Piala AFC?
HONG KONG: Bekas tonggak England dan Manchester United, Nicky Butt akan membuat kemunculan di Hong Kong.Pemain tengah itu akan menyarung jersi merah milik pasukan Selatan China tersebut malam ini.
Pemain tengah berusia 35 tahun itu akan membuat keputusan beberapa hari lagi sama ada ada akan terus bersama pasukan itu selepas tahun baru bagi membantu pasukan itu dalam kempen Piala AFC.
Butt yang pernah beraksi selama 18 tahun di kancah EPL dan bersara Mei lalu selepas mewakili Newcastle United berkata dia mahukan cabaran baru.
Pengerusi kelab, Lo Kit-sing teruja dengan kehadiran Butt dengan harapan dapat menarik ramai peminat ke stadium yang mampu memuatkan 40, 000 penyokong.
Butt akan mewakili Hong Kong bertemu TSW Pegasus dalam Divisyen Satu Hong Kong. -D5 Sports
Post a Comment