Header Ads

Real Madrid dimalukan musuh tradisi

SEPANYOL: Real Madrid menerima tamparan hebat apabila dimalukan musuh tradisi mereka Barcelona 5-0 di dalam perlawanan "clasicos" yang berlangsung lewat pagi tadi di Stadium Nou Camp sekaligus memberi takhta La Liga kepada anak buah Josep Guardiola.

(Para pemain Barcelona meraikan kejayaan mereka menewaskan musuh tradisi mereka Real Madrid 5-0 di dalam perlawanan liga "clasico" pada 29 Nov 2010 di Stadium Nou Camp, Barcelona. -foto AFP)

Barcelona mempamerkan corak permainan penuh bergaya dan menguasai hampir segenap penjuru padang sehingga menyebabkan skuad bimbingan Jose Mourinho hilang arah serta gagal menghalang serangan yang dilancarkan para pemain Barca.

Aksi separuh masa sahaja menyaksikan Barca mendahului 2-0 menerusi jaringan oleh Xavi Hernandez (min 10) dan penyerang Pedro (m 18).

Masih belum puas dengan dua gol, para pemain Barca terus melancarkan serangan ke arah kubu Real serta berjaya menambah tiga lagi gol menerusi David Villa (m 55 dan 58) dan pemain gantian Jeffren (m 90).

Disamping itu, beberapa insiden kekasaran dan pergaduhan tercetus di dalam perlawanan penuh sengit tersebut sehingga menyebabkan pengadil perlawanan terpaksa melayangkan 11 kad kuning dan satu kad merah kepada pemain Real, Sergio Ramos kerana hilang kawalan serta bertindak ganas dengan menyerang pemain lawan.

Kemenangan ini memberi laluan kepada Barca untuk merampas kembali kedudukan pendahulu liga dengan kelebihan dua mata daripada pencabar terdekat mereka iaitu Real Madrid. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.