Header Ads

Kita tak perlu bangunan Warisan Merdeka 100 tingkat – Tun Mahathir

WarkahDaily - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kata kita tak perlu kepada bangunan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat seperti apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak baru-baru ini.

Mahathir kata adalah lebih baik jika peruntukan itu disalurkan ke arah perkara yang lebih penting dan bukannya untuk membina menara 100 tingkat berkenaan disamping mengelak daripada berlakunya lambakan hartanah dan ruang pejabat seperti berlaku sekarang.

Mahathir turut menyuarakan pendapatnya agar dibiarkan sahaja menara berkembar Petronas yang dibina ketika zamannya dikekalkan sebagai bangunan tertinggi di negara ini.

“Kalau anda bertanya pendapat saya, saya ingin biarkan Menara Berkembar Petronas kekal sebagai yang tertinggi di Malaysia. Kita tak perlukan menara lain yang lebih tinggi daripada itu.

“Lagipun, kita sudah ada banyak kemudahan dan ruang pejabat. Ia mencukupi. Kita patut bina menara 100 tingkat tapi mungkin kemudian. Mungkin selepas saya tiada lagi,” katanya semalam di Hotel Nikko.

Sebelum ini, Najib telah mengumumkan satu projek mega dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kerajaan Barisan Nasional akan membina satu bangunan setinggi 100 tingkat di kawasan Stadium Merdeka. Najib turut menegaskan bangunan itu akan dibiayai oleh swasta dan bukannya kerajaan.

Namun ramai merasa bimbang walaupun Najib menyatakan PNB yang akan membinanya dengan dana saham amanah RM 115 bilion kerana ianya tetap dalam bidangkuasa kerajaan dan melibatkan juga wang rakyat dan bukannya swasta seperti yang didakwa.

Banyak pihak menyatakan rasa tidak berpuas hati dan kurang senang dengan pengumuman Najib kerana bimbang projek yang menelan belanja RM5 bilion itu hanya sekadar menjadi lubuk bagi kumpulan tertentu untuk jadi kaya-raya disamping membawa banyak lagi pembaziran dengan wang rakyat.

Rakyat juga bimbang projek ini akan terdedah kepada kejatuhan ekonomi yang teruk kerana projek itu melibatkan jangkamasa yang lama untuk siap iaitu 10 tahun.
Dikuasakan oleh Blogger.