Prihatin: Kerajaan Kedah agihkan lembu untuk korban Idul Adha
Kerajaan Negeri memperuntukkan 10 lembu untuk dikorbankan kepada setiap kawasan Dewan Undangan Angkat atau sebaliknya.Di Langkawi, pimpinan Pas dan PKR menerima lima ekor lembu masing-masing untuk dikorbankan sempena Aidiladha.
Ketua PKR Langkawi, Wan Salleh Wan Isa berkata, lima ekor lembu diserahkan kepada Ketua Kampung Kuah, Syed Nahar, Bayas, Temoyong dan Kedawang serta Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Langkawi.
Manakala Yang Dipertua Pas, Zubir Ahmad mengagihkan lima ekor lembu kepada Ibu Pejabat Polis daerah Langkawi, Kafa Kampung Baru Teluk, Sekolah Rendah Islam Darul Ulum Langkawi, Taman Nilam dan Bukit Kemboja.
Wan Salleh berkata, jumlah keseluruhannya adalah RM24,000 yang diagihkan kepada dua kawasan DUN Angkat iaitu Kuah dan Ayer Hangat.
Menurutnya, agihan dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya warga emas untuk melakukan ibadah korban.
“Seekor lembu dibahagikan kepada tujuh bahagian dan ketua kampung bertindak untuk memilih siapa yang layak untuk mendapatkannya.
“Ia dilakukan setiap tahun dengan bantuan kerajaan Pakatan Rakyat bagi menyemarakkan Aidiladha,” katanya ketika majlis pengagihan lembu kepada Ketua Kampung di Ulu Melaka.
Zubir berkata secara keseluruhannya seramai 70 orang dapat melakukan ibadah korban dan diagihkan kepada penduduk kampung.
Ketua Kampung Syed Nahar,Azmuddin Taib berkata, usaha itu menunjukkan Kerajaan Pakatan Rakyat prihatin dengan golongan kurang berkemampuan.
Azmuddin berkata, setiap kampung akan melakukan ibadah ini selepas solat Aidiladha dan bagi kawasannya majlis akan dilakukan di rumahnya sendiri secara gotong-royong. -SH
Post a Comment