Header Ads

Khatam Al-Quran: Rekod bohong bro Kijal atasi rekod bohong bro Besut

WarkahDaily – Perpecahan Umno-BN di Terengganu sebenarnya belum lagi reda walaupun Umno negeri telah mengadakan konvensyen baru-baru. Dalam diam-diam, reputasi MB sekarang, Datuk Seri Ahmad Said terus dijulang untuk menenggelamkan apa yang dilakukan oleh MB terdahulu yang ‘dipecat’.

Sebelum Ahmad Said ‘naik pangkat’ jadi MB, papan billboard yang bukan murah harganya yang tendernya disapu kroni dipacak serata negeri. Bukan sikit maa..Sampai naik cemuh dilihatnya..nasib baik nak masuk jamban takdak muka bro dari besut tu.

Tapi itu dulu. Sekarang ianya semacam berjangkit kepada seterunya yang dinaikkan pangkat jadi MB. Setiap banner ada muka bro kijal pulak dah. Aku ingat sebab nak bagi orang Terengganu kenal siapakah MB Terengganu kot. Orang lain yang nak pergi Mekah, gambar Ahmad Said yang ttak pergi Mekah tengah tadah tangan berdoa dipacaknya. Tengok dari jauh, takdak kaitan langsung melainkan untuk promosi muka orang Kijal.

Seingat penulis, yang paling glamor yang dapat dicatat oleh Umno-BN Terengganu ialah, kejayaan khatam Al-Quran beramai-ramai yang berjaya dicatat dalam ‘Malaysia Book of Records’. Heboh satu Malaysia bahkan satu dunia. Mana ada orang lain dapat rekod semacam tu bro. Hebat tu…

Walaupun baru mengambil alih kerajaan daripada PAS pada tahun 2004, MB terdahulu, Datuk Seri Idris Jusoh telah berjaya menghimpunkan budak-budak pra sekolah yang dikerahkan secara tergesa-gesa untuk ‘dikhatamkan’ bacaan Al-Quran secara beramai-ramai.

Khatam sebenar atau tidak, itu pi tanya budak-budak tu atau guru-gurunya. Setakat penulis tau melalui kawan-kawan yang ada anaknya yang terlibat, ‘khatam’ iqra` pun kira dah khatam Al-Quran..ntahlah budak-budak yang lain…semua kena kencing…

Idris bangga dapat cipta rekod seramai 2010 orang kanak-kanak berjaya khatam Al-Quran dan dicatat dalam Malaysia Book of Records.

Zaman bro Besut dah berlalu. Sekarang zaman bro Kijal pulak kencingkan rakyat semata-mata nak tenggelamkan kencing bro Besut.

Dengan muka tak malunya depa berlumba-lumba pecah rekod bohong nak tunjuk siapa hebat. Sekarang bro Kijal ambik peluang untuk glamorkan dirinya di mata rakyat.

Sekarang bro Kijal cuba padamkan rekod bro Besut. Yang terbaru, bro Kijal berjaya kerahkan budak-budak sekolah untuk ‘dikhatamkan’.

Bro Kijal telah menenggelamkan rekod bro Besut apabila berjaya mengerahkan hampir 17 ribu budak-budak sekolah untuk ‘dikhatamkan’. Satu angka berlipat kali ganda berbanding angka yang dicatat bro Besut.

Jelas, secara diam-diam, bro Kijal masih lagi menyimpan rasa tidak puas hati dengan bro Besut tu. Kalau boleh, bro Kijal mahu orang Terengganu terus melupai bro Besut. Tak sejuk lagi tu Umno-BN Terengganu walaupun dah buat konvensyen.

Laporan Buletin Online, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said dilaporkan sanggup membohongi rakyat Terengganu dan Malaysia amnya, dengan program berkhatam al-Quran beramai-ramai hingga memecah rekod Negara dan dunia.

Kononnya, ramailah anak-anak Terengganu ini berkhatam al-Quran hingga dalam satu masa mencecah hampir 17,000 orang diadakan serentak.

Skuad Buletin, bukan cuba menafikan tanpa sebab tetapi didedahkan maklumat ini oleh para guru dan murid-murid sendiri yang terlibat dengan majlis khatam Quran itu.

Ianya, dibuat semata-mata inginkan nama tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagaimana yang pernah dibuat oleh mantan Menteri Besarnya, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Hari ini, MB Mat Said juga meraikan kejayaannya apabila menjadi negeri pertama perkenalkan khatam al-Quran menggunakan buku elektronik atau e-Book yang diagihkan kepada para pelajar tahun enam sejak dua tahun lalu.

Sekaligus, katanya tercatatlah dalam Malaysia Book of Records program tersebut berlangsung serentak di seluruh daerah di negeri ini menyaksikan seramai 2,170 murid khatam menggunakan e-Book.

Bahkan, katanya seramai 16,929 orang murid tahun lima dan enam di seluruh negeri terlibat dengan program khatam al-Quran tersebut.

Tinjauan Skuad Buletin pada majlis khatam al-Quran yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu telah melihat sendiri ada sesuatu yang tidak kena serta bermotif politik.

Ibubapa dan orang ramai dapat melihat sendiri dengan jelas sebahagian besar para pelajar khatam al-Quran yang sepatutnya menggunakan e-Book tidak berbuat demikian.

Sebaliknya, murid-murid terbabit membaca dengan berpandukan kitab kecil yang dibekalkan kepada setiap peserta.

Buku elektronik (e-Book) yang diletakkan dihadapan pelajar itu sekadar hiasan sahaja dan apa sebab tidak diketui.

Selain itu, pemilihan murid yang terlibat dengan khatam al-Quran turut diragui kerana terdapat ramai di kalangan pelajar berkenaan sebenarnya belum lagi khatam sepenuhnya.

Menurut sumber dalaman pemilihan para pelajar terbabit adalah termasuk mereka yang boleh membaca al-Quran meski pun belum khatam sepenuhnya.

Malah, apa yang melucukan terdapat juga di kalangan para pelajar terbabit yang terpilih ke program khatam al-Quran kerana mengikut kawan sahaja.

Seorang guru pengiring yang enggan disebut namanya mendakwa pemilihan pelajar ke program khatam al-Quran dibuat secara angkat tangan.

“Kelakar juga kali ini, pemilihan pelajar untuk program khatam al-Quran ini dibuat secara angkat tangan.

“Guru akan tanya anak muridnya sesiapa yang telah khatam Quran angkat tangan dan beri nama untuk menyertai majlis berkhatam beramai-ramai di Stadium,” ujarnya.

Menurutnya, jika diselidiki betul-betul jumlah pelajar yang benar-benar khatam al-Quran tidak seramai yang diumumkan Menteri Besar Terengganu.

Seorang pelajar, Mohd Firdaus (bukan nama sebenar) mengakui belum ‘tamat’ (khatam) Quran tetapi terpilih kerana mengangkat tangan ikut kawan.

“Saya belum tamat (khatam) lagi Quran ‘besar’ tetapi boleh membacanya. Bila ustaz tanya dalam kelas siapa tamat Quran angkat tangan. Saya pun angkatlah ikut kawan,” jelasnya dari sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu.

Katanya, tindakan berbuat demikian dilakukan oleh ramai lagi kawan-kawan yang lain kerana pemilihan terbuka.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyifatkan kes pelajar yang belum tamat al-Quran tetapi ‘dikhatamkan’ usaha terdesak kerajaan Barisan Nasional mencari nama.

Katanya, demi mengejar nama untuk dibanggakan kerajaan Umno-BN Terengganu boleh buat apa sahaja walau pun dengan cara menipu.

“Ini bukan perkara baru, banyak kes yang berlaku di negeri ini dibuat hanya untuk cari nama dan dibanggakan walau pun secara tidak betul.

“Pencapaian UPSR setiap tahun diragui, kejayaan mengatasi kemiskinan diragui, khatam Quran diragui dan banyak lagi pencapaian di bawah kerajaan Umno-BN diragui,” ujarnya.

Menurutnya, PAS bukan menentang usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri jika benar-benar terjadi tanpa ‘pembohongan’.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung berkata akan membangkitkan beberapa isu yang meragukan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan datang.
Dikuasakan oleh Blogger.