Header Ads

Liga Juara-juara Eropah: Inter dikejutkan Spurs, Man Utd benam juara Turki

LONDON: Penyandang juara, Inter Milan mengalami kekalahan pertamanya pada saingan Liga Juara-Juara selepas ditewaskan 3-1 oleh kelab liga perdana Inggeris, Tottenham Hotspur, awal pagi tadi.

(Pemain Tottenham Hotspur, Gareth Bale (tengah) berentap dengan pemain Inter Milan, Lucio (kiri) dan Nwanko Obiora (kanan) sewaktu perlawanan Liga Juara-juara Eropah di antara Tottenham Hotspur menentang Inter Milan di London. -foto AFP)

Gol pertama Spurs diperolehi menerusi jaringan Rafael Van der Vaart pada minit ke-18, sebelum Peter Crouch pula menambahkan jaringan di separuh masa kedua.

Pemain sayap, Bale minggu lalu yang mencipta hatrik ketika Spurs kalah kepada Inter 4-3, meneruskan keunggulannya pada perlawanan kedua ini dengan melengkapkan gol ketiga Spurs.

Inter membalas menerusi gol Samuel Eto'o pada minit ke-80 tetapi ia sudah terlambat apabila kedudukan Spurs dengan tiga gol cukup kukuh untuk Inter menyainginya.

Kemenangan itu menyaksikan Spurs kini mendahului Kumpulan A dengan tujuh mata.

Satu lagi perlwanan lain, menyaksikan Manchester United terus unggul apabila menundukkan juara liga Turki, Bursaspor 3-0.

Ia sekali gus melayakkan United melengkapkan 16 pasukan bagi saingan seterusnya.

Skuad dari England itu bertandang ke Turki tanpa penyerang, Wayne Rooney yang masih dilanda kecederaan.

Ketiga-tiga gol United dijaringkan dalam separuh masa kedua menerusi Darren Fletcher, Gabriel Obertan dan Bebe.

Antara perlawanan lain pada pagi tadi, turut menyaksikan Valencia menang 3-0 keatas Rangers; Werder Bremen tewas 0-2 oleh FC Twente Enschede dan Tel Aviv terikat 0-0 dengan Schalke

Lyon juga gagal meneruskan penguasaannya apabila terpaksa akur dengan kehebatan Benfica selepas tewas 3-4. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.