Murid tingkatan empat didakwa cabul budak darjah dua
WarkahDaily – Sekarang ni orang nak buat jahat (cabul, rogol) tak mengenal mangsa, asal ada peluang terus belasah.
Bagi yang mempunyai anak terus dalam kebimbangan tanpa ada penyelesaian. Saban hari ada je kes cabul dan rogol. Sekadar menunggu mahkamah memberi isyarat hukuman sahaja tanpa masyarakat sekeliling mencari satu penyelesaian yang boleh mencegah daripada berkurangan atau langsung ditiadakan.
Kita harus memikirkan kenapa ianya makin berleluasa tanpa ada sedikit pun kekurangan malahan tiada langsung penyelesaian secara yang lebih serius.
Apakah ini petunjuk Allah bagi memperingatkan kembali kepada kita akan kehidupan manusia kini sudah terpesong jauh dari ajaran dan panduan Allah SWT?. Apakah ini balasan bagi orang yang ingkar dengan perintah Allah?.
Kita bukan sahaja harus memikirkan penyelesaian secara fizikal (luaran) namun yang lebih penting bagaimana hubungan hamba (kita) dengan Maha Pencipta (Allah SWT). Apakah kita sudah menunaikan tanggungjawab kita dengan Allah dan menunaikan perintah Allah yang diutus melalui Rasulullah SAW.
Jadi, wajiblah kita sebagai orang Islam mentaati Allah dalam segenap hal kehidupan sebagai salah satu cara jalan penyelesaian yang menghubungkan manusia (hamba) dengan Allah (Pencipta).
Sinar Harian - Pelajar 16 tahun didakwa menculik, cabul murid
KLANG: Sorang pelajar berusia 16 tahun didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dua tuduhan menculik dan mencabul murid berusia lapan tahun.
Tertuduh adalah pelajar tingkat empat, dituduh melakukan perbuatan itu, kira-kira jam 6.40 petang, 25 Oktober lalu, di hadapan sebuah sekolah, Pandamaran, Klang dengan menculik murid berusia lapan tahun.
Bagi kesalahan kedua, pelajar itu melakukan kesalahan kira-kira jam 6.40 petang hingga 7.10 malam, tarikh yang sama di ladang kepala sawit, Teluk Gong, Pandamaran, menggunakan kekerasan jenayah terhadap murid berkenaan dengan mencium kepala, dahi dan membuka pakaian mangsa.
Tertuduh, ditangkap pada 26 Oktober lalu, dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang menerima hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, denda atau sebatan, jika didapati bersalah.
Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistert Afifah Mamat@Yusof, dia hanya mengangguk, tanda faham.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim memohon kepada mahkamah untuk sebutan semula kes itu supaya dapat didengar di Mahkamah Juvana, memandangkan kes ini membabitkan pelajar bawah umur.
Afifah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 11 November ini sebagai sebutan kes berkenaan untuk didengar di Mahkamah Juvana.
Post a Comment