Header Ads

Obama bagi salam ‘Assalamualaikum’

WarkahDaily – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam melawat Indonesia, negara yang pernah didiaminya sebelum ini telah pun memberi ucapan salam ketika berucap depan wartawan di Istana Merdeka.

Kebiasaan masyarakat umat Islam, ucapan salam ‘Assalamualaikum’ hanya diucapkan oleh orang beragama Islam apabila bertemu antara satu sama lain, namun sekarang dah berubah dah. Dah ada orang bukan Islam dah berani memberi salam kepada orang Islam.

Penulis tidaklah mahu memberi apa-apa komen berkaitan hukum memberi dan menjawab salam sebab semua dah maklum bagaimana caranya bila berhadapan perkara sedemikian. Yang menjadi satu persoalan, kenapa ianya terjadi sedemikian, apakah Islam sudah menjadi dekat dengan orang bukan Islam dan kegerunan orang bukan Islam terhadap Islam sudah pun terlerai.

Label ‘pengganas’ yang diungkapkan musuh Islam sudah tidak diendahkan lagi oleh bukan Islam bahkan semakin hari orang bukan Islam begitu senang bercakap perihal keadilan dan kebaikan Islam.

Penulis begitu kagum dengan usaha PAS yang cuba mendekati bukan Islam dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Apa yang harus dibanggakan, bagaimana ahli DHPP sanggup memberi sokongan terhadap parti yang memperjuangkan Islam. Apa yang lebih syahdu, ada di kalangan mereka sanggup memberi penerangan kepada masyarakat bukan Islam tentang kebaikan dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS yang boleh menyelamatkan manusia daripada perkara-perkara buruk seperti rasuah, kezaliman dan keruntuhan moral.

Bagaimana kita boleh lihat, sistem kewangan Islam yang tidak mengamalkan riba semakin mendapat kepercayaan daripada bukan Islam. Semuanya selepas melihat keadaan ekonomi dunia yang tidak keruan dengan sistem selain daripada Islam.

Dunia yang semakin bercelaru dengan pelbagai idealogi yang tidak dapat menyelesaikan pelbagai masalah penyakit masyarakat dan sebagainya sehingga menjadikan Islam diberi tumpuan oleh negara-negara luar sebagai sistem yang boleh membawa kebaikan.

Bagaimana pula kita orang Islam? Orang bukan Islam sudah mula berjinak dengan Islam, kiat orang Islam di mana sekarang?

Ingat sejarah bagaimana kehebatan orang Islam semakin terhakis bila umatnya meninggalkan ajaran dan ketaatan kepada Allah. Semuanya hilang sehingga kedudukan umat Islam di seluruh dunia tidak lagi dipandang.


Kosmo! - Presiden Amerika Syarikat (AS) yang tiba di Jakarta semalam untuk melakukan lawatan dengan sasaran bagi meningkatkan hubungan perdagangan dan keselamatan dengan Indonesia mengucapkan assalamualaikum serta terima kasih semasa bercakap di depan wartawan di Istana Merdeka.

Dalam ucapan itu, Obama banyak memberikan sokongan terhadap Indonesia, antaranya dalam usaha-usaha memerangi rasuah dan keganasan.

Semasa berucap, Obama sempat mengimbas kemajuan di Indonesia dengan menyatakan semasa beliau kecil, cuma terdapat sebuah bangunan yang tinggi tetapi kini bilangannya semakin bertambah.

Beliau turut menyentuh mengenai hubungan perdagangan antara Indonesia dan Amerika Syarikat, pelaburan serta kerjasama bilateral termasuk dalam bidang ekonomi atau sosial.

Jakarta merupakan tempat tinggal Obama semasa zaman kanak-kanak pada 1960-an.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan barisan anggota Kabinetnya menyambut ketibaan Obama dan isterinya, Michelle di Istana Merdeka.

Setelah berkenalan dengan para menteri, Obama dan Michelle bergambar dengan Susilo dan isterinya, Ani Yudhoyono.

Obama kemudian bercakap dalam bahasa Indonesia. "Apa khabar? Selamat sore.'' Semasa bergambar pula Obama memegang tangan Susilo.

Kira-kira 15,000 anggota polis dan tentera dikerah untuk mengawal ketenteraman semasa lawatan Obama di Indonesia.

Obama tiba di Jakarta dengan menggunakan pesawat rasmi Air Force One dari India. Lawatan itu yang dilihat oleh Obama sebagai satu destinasi penting untuk pelbagai sebab strategik dan peribadi telah ditangguhkan dua kali.

Menurut White House, lawatan itu mungkin dipendekkan kerana letusan Gunung Merapi di Pulau Jawa yang meletus sejak 26 Oktober lalu. -Agensi
Dikuasakan oleh Blogger.