Liverpool kena, Chelsea jatuh
LONDON:Tottenham Hotspur mengekalkan momentun kemenangan mereka apabila berjaya menewaskan Liverpool 2-1 di White Hart Lane manakala Chelsea gagal merampas kedudukan pendahulu liga apabila sekadar seri 1-1 dengan Newcastle United pada perlawanan yang berlangsung semalam (Ahad).
(Penyerang Tottenham Hotspurs Peter Crouch (Kanan) diberi asakan oleh dua pemain pertahanan Liverpool Lucas Leiva dan Martin Skrtel semasa pertemuan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di White Hart Lane pada 28 Nov 2010. -foto AFP)
Kemenangan ini merupakan yang keempat berturut-turut diperoleh anak buah Harry Redknapp dan keputusan ini amat penting buat mereka untuk menempatkan diri di dalam empat pasukan teratas liga.
Liverpool sebelum itu mengejutkan terlebih dahulu pasukan tuan rumah menerusi jaringan oleh pemain pertahanan Martin Skrtel pada minit ke-42 dan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Corak permainan Spurs kelihatan terganggu pada separuh masa pertama apabila kehilangan tonggak penyerang utama Rafael Van der Vart kerana kecederaan seawal minit ke-12 dan juga pertahanan Younes Kaboul pada minit ke-36.
Aksi separuh masa kedua memperlihatkan corak dan semangat berbeza dipamer anak buah Redknapp dan mereka seumpama menerima suntikan semangat dibilik persalinan.
Spurs hampir memperoleh gol penyamaan pada minit ke-60 namun Jermaine Defoe gagal menyudahkan sepakan penalti dengan tenang dan terlepas peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan.
Selang lima minit kemudiaan Spurs berjaya memperoleh gol penyamaan tetapi kali ini menerusi gol jaringan sendiri oleh Skrtel, pemain yang menjaringkan gol pertama buat Liverpool pada separuh masa pertama.
Kemenangan Spurs dilengkapkan oleh pemain sayap Aaron Lennon pada masa tambahan untuk sekaligus membawa Tottenham Hotspur melonjak berada di tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL).
Di dalam satu lagi perlawanan EPL antara Newcastle United dengan Chelsea menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata selepas seri 1-1 di St. James Park.
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penyerang sensasi mereka iaitu Andrew Carrol seawal minit keenam sebelum pemain Chelsea, Salomon Kalou menyelamatkan maruah pasukannya daripada terus dimalukan apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir separuh masa pertama.
Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat 90 minit permainan dan keputusan ini menyaksikan pasukan bimbingan Carlo Ancelotti gagal merampas kembali kedudukan selaku pendahulu liga apabila ketinggalan dua mata di hadapan Manchester United yang mengumpul 31 mata. -D5 Sports
(Penyerang Tottenham Hotspurs Peter Crouch (Kanan) diberi asakan oleh dua pemain pertahanan Liverpool Lucas Leiva dan Martin Skrtel semasa pertemuan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di White Hart Lane pada 28 Nov 2010. -foto AFP)Kemenangan ini merupakan yang keempat berturut-turut diperoleh anak buah Harry Redknapp dan keputusan ini amat penting buat mereka untuk menempatkan diri di dalam empat pasukan teratas liga.

Post a Comment