Header Ads

Sukan komanwel 2010: Pasukan hoki negara tewas kepada tuan rumah

NEW DELHI: Perlawanan hoki saingan kumpulan A yang berlangsung di Stadium Major Dhyan Chand lewat malam tadi menyaksikan pasukan negara tewas kepada India dengan keputusan 3-2.

(Tengku Ahmad Tajuddin (kanan) berusaha keras untuk mendapatkan bola daripada salah seorang pemain India ketika perlawanan di Stadium Major Dhyan Chand, New Delhi, 5 Oktober 2010. Malaysia tewas 2-3. -foto AFP)

Saingan sengit yang ditunjukkan begitu mendebarkan, lebih-lebih lagi kedua-dua pasukan berlumba-lumba membuat jaringan hingga ke tiupan wisel penamat.

Jaringan pertama dilakukan oleh pasukan negara menerusi pukulan kencang penyerang Hafifihafiz Hanafi pada minit ke-15.

India yang mula kelihatan tertekan nyata bangkit dan berjaya memecahkan gawang negara menerusi pukulan penalti, 12 minit selepas kemudiannya.

Barisan pemain negara tetap komited meneruskan perjuangan sehinggalah terhasilnya gol kedua mereka menerusi pemain Azlan Misron.

Tidak berapa lama, tuah penalti India sekali lagi disempurnakan, sebelum pemain negara Azlan Misron menyamakan kedudukan 2-2.

Walaupun skuad negara menampilkan permainan cemerlang tetapi ia masih tidak cukup untuk menundukkan India, malah pada minit-minit terakhir, jaringan kemenangan India muncul tidak disangka-sangka.

Sebelum pengadil meniupkan wisel, India sekali lagi mendapat peluang pukulan penalt tetapi ia digagalkan pasukan negara. Kedudukan India 3 Malaysia 2. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.