Header Ads

Eksekutif chef hotel 5 bintang berhadapan tuduhan khalwat

KAJANG: Seorang eksekutif chef sebuah hotel lima bintang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini semalam atas tuduhan berkhalwat dengan seorang wanita pada April tahun lalu.

(RIZANA menutup mukanya dengan kertas selepas dituduh berkhalwat di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat semalam. -foto Kosmo!)

Djohan Mohd. Radzi, 42, bersama pasangannya, Rizana Ahmad Rithauddeen, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah.

Pasangan berkenaan memohon kepada mahkamah menangguhkan prosiding tersebut supaya memberi ruang kepada mereka untuk urusan melantik peguam.

Abdul Halim kemudiannya memutuskan 8 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes tersebut.

Beliau turut memerintahkan mereka berdua membayar jaminan sebanyak RM2,500. -Kosmo!
Dikuasakan oleh Blogger.